Kerajaan telah mengumumkan perancangan untuk memudahkan proses pembaharuan pasport melalui atas-talian sebelum ini, dan bermula hari ini, perkhidmatan berkenaan sudah boleh diakses semua. Kini, anda yang ingin perbaharui pasport, boleh lakukannya melalui atas-talian dan tidak lagi perlu ke cawangan Jabatan Imigresen seperti sebelum ini.
Melalui laman MyOnline Passport, anda kini boleh membuat permohonan untuk perbaharui pasport dimana perlu mengisi maklumat yang diperlukan, memuat-naik gambar dan membuat pembayaran. Selesai melakukan permohonan, sistem akan memberikan tarikh dan masa untuk mendapatkan pasport baru, dan pengguna hanya perlu menghadirkan diri dan mengambilnya sahaja.
Buat masa ini, perkhidmatan berkenaan masih mempunyai masalah teknikal dengan pembayaran melalui bank tempatan, dan hanya menerima kad kredit sahaja. Namun, ia akan dibaik-pulih sepantas mungkin.
Bagi anda yang ingin perbaharui pasport anda, mungkin boleh ke laman MyOnline Passport, dan membuat permohonan hari ini.
Sumber: Amanz.my
Sumber: citeheboh
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment