Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

2 Jam Kami Disorok Bunian Wanita Kongsi Detik Seram Di Pantai Ketika Wedding Photoshoot

2cbDgJV



Tiba-tiba nak buat full story tentang kejadian yang pernah kami alami dulu. Tempat yang cantik, siapa sangka macam-macam perkara yang terjadi. Bukan seorang dua yang kena, aku tahu ramai yang pernah mengalaminya juga kan?

Nak dijadikan cerita, selepas bersanding, kami buat sesi outdoor. Aku bersanding di Simpang Ampat, Alor Gajah. Tarikh itu bersamaan dengan raya Cina. Mula-mula aku memang bercadang nak buat sesi outdoor berhampiran rumah sahaja, tak mahulah sampai ke Melaka. Tapi Alor Gajah tak banyak sangat tempat menarik, lalu photographer kami beri cadangan untuk outdoor di Pasir Klebang.

TAYAR KERETA TERBENAM

Sewaktu sampai, tak ada rasa pelik. Tetapi serius macam pesta pengantin di situ. Betapa ramai yang photoshot di situ, memang betul gambar di situ cantik sangat dengan pemandangannya. Okay, bila hari semakin senja, abang EX5 (penjaga di situ mungkin) suruh kami keluar secepat mungkin.

Malangnya kereta bridesmaids pula tersangkut. Lalu pengapit lelaki tolong handlekan kerea mereka sebab semua perempuan, apa pun tak tahu kan. Kemudian yang lain, tolak. Bila kereta dah boleh jalan, kami tak bagi dia berhenti. Kami suruh dia terus cari jalan keluar. Jadi bridesmaids tiga orang ini naik kereta pengantin. Selepas itu, kereta pengantin pula.

Bayangkanlah masa berjalan ini dah nak azan. Mujur kereta pengantin tak lama sangat, sekejap saja tolak dah boleh jalan. Bila dah boleh jalan, kami semua naik kereta tetapi memang tak nampak apa sebab hari dah gelap. Suami pada masa itu tekan paddle minyak dan jalan saja, dia pun tak tahu arah mana. Sekali lagi, kami tersangkut.

Keluar saja dari kereta, tengok tayar kereta sudah terbenam. Kami tak nampak apa-apa, dikeliling pasir bertimbun. Keadaan amat gelap, hanya mengharapkan cahaya bulan dan torchlight dari smartphone sahaja. Suami buka lampu kereta, siap main lampu tinggi untuk beri isyarat, andai kata ada yang perasan dengan kehadiran kami dari jauh. Hon kereta dibunyikan banyak kali, namun tiada sebarang respon. Seram gila pada waktu ini.

TIBA-TIBA ‘DIA’ DATANG

Photographer menghubungi kami untuk mengetahui kedudukan kami tetapi apa yang mampu kami beritahu ialah, di tengah-tengah kawasan itu sahaja yang dikelilingi pasir. Kami nampak jalan yang ada kereta lalu lalang, tetapi jaraknya terlalu jauh. Yang paling seram, kami nampak lampu motosikal. Kami cuba memanggilnya dan melambai-lambai dengan torchlight sebab tahu dia pasti akan sedar dengan kehadiran kami di situ. Dia berada di depan kami, tetapi dia tak nampak kami, lalu dia berpatah balik.

Jadi, apa maknanya? Masa itu, kami semua tergamam. Semua tertanya-tanya kenapa penunggang motosikal itu tak nampak walaupun dia sudah menghampiri kami?

Tiba-tiba datang seorang makhluk Allah (seperti Bangladesh) entah dari bucu mana. Dia muncul dan kami yang perempuan ini dah pegang antara satu sama lain. Dia datang tak tanya apa masalah kami, dia terus pergi ke arah kereta dan tengok tayar. Kemudian kami tanya soalan, dia jawab sepatah. Kadang-kadang soalan kami tidak dijawabnya.

Dia kata, kami salah jalan. Sepatutnya nak keluar kena buat pusingan bulat. Lebih kurang begitulah katanya. Pelik dan semakin pelik tetapi dia memang tidak banyak bercakap, diam memanjang. Siapa dia?

“KENAPA TAK AZAN MASA KENA?”

Suami call sana sini, tak putus-putus untuk mereka dapat kesan kami. Sekali photographer beritahu ada orang akan datang mencari kami. Nak bagi direction, dah berbagai direction. Masa itu, semua diam, tak tahu nak menangis atau tabahkan diri. Tetapi ayang pelik, seorang saja kami tak lepas nak call, pengapit lelaki. Dia call kami tak dapat, kemudian kami call dia pun tak dapat juga.

Bila dah azan isyak, barulah mereka dapat mencari kami. Kami nampak ada kereta datang ke arah kami. Masa itu, Tuhan saja yang tahu perasaan ini. Kami tengok ada lambat rescue dan nama dia Mr Fred, lelaki Cina tetapi fasih berbahasa Melayu.

“Kamu semua buat apa di sini?” soalnya.

“Kami photoshoot di sini,” jawab suami.

“Kenapa tak azan masa kena?” soalnya lagi.

Suami terdiam. Mungkin suami tak dapat fikir apa pada masa itu. Bila Mr Fred sampai, dia pun tolong tarik kereta sampai keluar. Yang peliknya, kami tersangkut dekat sangat dengan jalan. Bila dia bawa kami keluar, tak sampai beberapa minit dah nampak jalan yang berlampu.

CUBA CARI TAPI TAK NAMPAK APA-APA DI DEPAN MATA

Peliknya, punyalah kami main lampu dan hon, tetapi tiada siapa yang nampak sedangkan kami berdekatan dengan jalan. Masa terbenam itu, kami nampak jalan yang berlampu memang jauh. Punyalah dia main sorok-sorok.

Alhamdulillah kami selamat keluar dari tempat bunian itu. Abang motosikal EX5 itu kata dia sebenarnya juga cuba mencari kami. Kami pula beritahu dia yang kami sudah nampak motosikal dia sebelum itu, tetapi dia patah balik.

“Saya memang tak nampak apa-apa. Tapi saya memang lalu di situ,” katanya.

Lagilah pelik!

Pengapit lelaki itu adalah saudara suami, dia tahu cara perubatan Islam. Jadi, ‘benda’ itu telah menyekat kami untuk berhubung. Rupa-rupanya si pengapit ini sudah rasa lain macam semasa mula-mula sampai tetapi dia mendiamkan diri. Bridesmaids kami masa itu juga ada yang datang bulan, mungkin salah satu sebab juga. Namun, mujur kami bernasib baik dan semuanya okay.

TANGISAN SIAPAKAH ITU?

Jam 11 malam lebih, barulah kami (pengantin) sampai ke rumah. Bila sampai, aku terus masuk bilik bersihkan diri. Ketika aku tengah memandang cermin nak buka tudung, aku terdengar suara orang menangis sayu. Sedih betul tetapi tidak lama, hanya untuk seketika sahaja. Aku terdiam dan aku buka pintu bilik. Aku tanya orang di luar yang tengah berlonggok itu.

“Siapa yang menangis?”

Kemudian mereka pandang aku.

“Mana ada orang menangis?”


2cbDxwm

Dari kanan pengapit lelaki , photog , abg ex5 , Mr.fred , husband dan aku (Selepas keluar dari castle sand) konon nak buat kenangan. Dekat album kawin aku suruh photog letak gambar ni biar jadi kenangan.

Jadi, inilah kisah kami, “Pengantin Disorok” yang tidak dapat kami lupakan. Mungkin kisah ini tidak seram tetapi yang mengalami sahaja tahu apa perasaannya pada masa itu. Lebih kurang 2 jam kami disorokkan. Pengalaman yang tidak dapat kami lupakan setiap saat pun.

Rupa-rupanya baru kami tahu bahawa tempat yang kami terkandas itu adalah pulau. Pulau yang sudah dikandas. Kami betul-betul berada di atas pulau itu. Patutlah makhluk Allah itu kata kami salah jalan dan sepatutnya jalannya bulat. Barulah kami faham.


2cbDwsq



Keesokan harinya, Mr Fred pergi tengok tempat yang kami terkandas. Apa yang mengejutkan, tiada pasir pun di situ, hanya tanah biasa sahaja! – Bella Luna Laa | The Reporter

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.