Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Innalillah!! Hanipa Maidin rebah ketika hadir himpunan bulanan Putrajaya



Timbalan menteri itu mengangkat sumpah jawatan minggu lepas.



Sekumpulan orang di Dataran Perdana membantu Hanipa Maidin sejurus selepas beliau rebah ketika ucapan Dr Mahathir Mohamad.

PUTRAJAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin hari ini rebah ketika hadir buat pertama kali di perhimpunan bulanan bersama perdana menteri di Dataran Perdana di sini.

Hanipa, 50, yang merupakan ahli Parlimen Sepang dari Amanah, mengangkat sumpah jawatan sebagai ahli Kabinet minggu lepas.


Hanipa Maidin (kiri) bersama menteri Kabinet lain, beberapa ketika sebelum beliau tumbang dan jatuh dari sepentas setinggi setengah meter.

Bekas peguam PAS itu pernah menjalani pembedahan otak selepas beliau rebah ketika menyertai perdebatan hangat di Dewan Rakyat pada 2016.



Hanipa hari ini tiba-tiba terjatuh hanya beberapa minit selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mula berucap.
<iframe width="500" height="281" src="https://www.youtube.com/embed/XDEYo_apw8A" frameborder="0" allow="autoplay; encrypted-media" allowfullscreen></iframe>



Sumber : Friscomedia

from I Am Kiram https://ift.tt/2MZMCc9
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.