PUTRAJAYA - Laman Facebook rasmi Celcom Malaysia 'diserang' oleh penggunanya yang rata-rata berang dengan ketiadaan talian sehingga menyebabkan rutin seharian mereka tergendala.
Difahamkan, hampir semua tempat mengalami masalah yang sama. Bagaimanapun, tiada sebarang makluman yang dibuat oleh Celcom berhubung masalah itu. Semakan di laman web Celcom juga tidak menemui sebarang info mengenai masalah yang timbul.
"Sejak pagi tadi saya tak dapat call langsung. Saya dan keluarga merupakan pengguna setia Celcom dan kami semua sangat kecewa dengan servis anda," kata Dennis Wong dari Melaka.
"Tiada talian, tak dapat call, tak ada internet dan kalau ada pun slow macam siput. Saya dah mula menyampah dengan servis Celcom ini. Dah 12 tahun gunakan dan sekarang saya akan pertimbangkan untuk tukar ke rangkain perkhidmatan telko yang lain," kata Jona Yuna.
Menurut sumber, Celcom kini sedang menghadapi masalah teknikal dan meminta orang ramai bersabar, sementara pihaknya sedang cuba menyelesaikan masalah yang timbul secepat mungkin.
Sumber : Gengviral
from I Am Kiram http://ift.tt/2rpxo50
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment