Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

'Menteri setahun jagung', ini satu penghinaan - Fadillah Yusof


KUALA LUMPUR - Pengerusi Pemuda BN Sarawak, Datuk Fadillah Yusof kesal dengan tindakan Nazri yang melabelkan menteri Sarawak, Datuk Abdul Karim sebagai setahun jagung itu adalah satu penghinaan yang tidak sepatutnya diperkatakan. 

Memetik kenyataan Fadillah dari Utusan Borneo berkata, tindakan Nazri itu tidak melambangkan semangat kekeluargaan dalam BN. 

"Tindakan melabelkan sesama kita sebagai 'semseng' juga tidak wajar sama sekali kerana ia bukan sahaja satu penghinaan kepada individu terbabit, malah boleh menjejaskan imej parti, apa lagi samseng bukanlah budaya dalam BN, apatah lagi dalam PBB," katanya. 

Sementara itu, Datuk Seri Nazri Aziz mengakui cukai pelancongan perlu dilaksanakan kerana Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sudah 'tiada wang', lapor Free Malaysia Today yang memetik laporan dari China Press. 

Menurut laporan itu, Nazri berkata kementeriannya perlu mencari sumber pendapatan baharu dan berterusan untuk membiayai kegiatannya kerana peruntukan untuk kementeriannya sudah berkurangan secara mendadak sejak beberapa tahun ini ekoran kejatuhan harga minyak dan gas asli dunia. 

"Kutipan cukai pelancongan bukan perkara baru kerana Thailand, Singapura dan Indonesia sudah lama melaksanakannya. Apatah lagi kos sara hidup mereka lebih tinggi dari Malaysia," katanya. 

Ahli Parlimen Padang Rengas itu juga hairan, mengapa ramai yang membantah cadangan kementeriannya sedangkan Pulau Pinang dan Melaka ketika mengutip cukai itu, tiada orang mempertikaikannya. 


Sumber : Gengviral

from I Am Kiram http://ift.tt/2rloFAW
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.