Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Lengan bayi melecur akibat terkena renjatan elektrik


SONGKHLA, THAILAND - Seorang bayi lelaki melecur teruk di lengan tangan kirinya akibat terkena renjatan elektrik, mencetuskan pelbagai reaksi netizen terutamanya golongan ibu bapa. 

Lapor portal Siakap Keli, sebelum kejadian itu berlaku, mangsa merangkak berhampiran soket itu dan secara tidak sengaja, gelang tangan yang dipakai di tangan kirinya termasuk ke dalam lubang soket. 

Kejadian itu menyebabkan mangsa terkena renjatan elektrik dan lengannya melecur teruk dan kehitaman. 

Bagaimanapun, mangsa bernasib baik kerana kejadian itu tidak meragut nyawanya meskipun luka melecur yang dialaminya itu agak teruk. 

Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan jika boleh, elakkan dari memberi anak-anak kecil memakai gelang bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku. 

Selain itu, sebarang peralatan elektrik juga perlu diletak di tempat yang selamat agar tidak mudah dicapai oleh anak-anak kecil yang masih belum mengenal erti bahaya. 


Sumber : Gengviral

from I Am Kiram http://ift.tt/2rdyEsC
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.