Doktor Ini DEDAHKAN Kenapa Caesarean Hanya Dibenarkan 3 Kali. Rupa-Rupanya Kali Ke-4… | Apabila seorang wanita melalui pembedahan caesarean untuk kali ketiga, lazimnya doktor O&G akan menasihatkan untuk mengikat salur fallopian (bukan ikat `peranakan’ ya!) sekali. Mengikat salur fallopian, atau dengan istilah yang lebih mudah difahami, pemandulan, dilakukan supaya wanita tersebut tidak akan hamil lagi.
Pada awal karier saya sebagai doktor O&G, kebanyakkan wanita yang memerlukan pembedahan caesarean kali ketiga, tidak akan mempertikaikan keputusan doktor untuk melakukan pemandulan. Rata-rata mereka serik dengan pembedahan dan tidak mahu hamil lagi.
Tetapi, kebelakangan ini, seolah-olah ada `trend’ untuk mempertikaikan nasihat doktor. Dan antara pertikaian ini ialah, kenapa doktor hanya membenarkan saya kelahiran caesarean sebanyak 3 kali? Kenapa tidak boleh 4,5 atau 6? Kenapa doktor nak sekat rezeki (anak) saya?
Risiko Multiple Cesarians
Terdapat beberapa risiko terhadap wanita yang bersalin secara pembedahan caesarean. Secara umumnya, risiko-risiko adalah rendah jika pembedahan dibuat kali pertama. Tetapi setiap kali pembedahan berulang dilakukan, risiko-risiko akan bertambah disebabkan pelekatan parut (adhesions) yang berlaku selepas setiap pembedahan.
Antara risiko-risiko yang utama:
1. Pendarahan yang banyak (Haemorrhage).
Pendarahan banyak boleh menyebabkan kematian. Jika selamat pun, transfusi darah perlu dilakukan untuk menyelamatkan nyawa. Perlu diingatkan bahawa transfusi darah membawa risiko jangkitan kuman (walaupun darah sudah disaring). Risiko memerlukan transfusi darah melebihi 4 unit adalah 1.5 kali ganda sewaktu caesarean yang keempat berbanding caesarean yang pertama.
2. Pundi kencing atau/dan salur kencing terluka atau dipotong.
Disebabkan pelekatan (adhesion) di antara pundi atau salur kencing dengan rahim, risiko pundi kencing dipotong/luka ialah 9 kali ganda lebih tinggi sewaktu caesarean keempat berbanding caesarean pertama.
3. Usus terpotong/terluka
Juga disebabkan pelekatan (adhesion) di antara usus dan rahim, risiko usus terpotong ialah 3 kali ganda sewaktu caesarean keempat berbanding caesarean pertama.
4. Placenta accreta
Placenta accreta ialah keadaan di mana uri melekat kuat pada dinding rahim sehingga uri tidak dapat dipisahkan daripada rahim. Pendarahan (haemorrhage) boleh berlaku dalam sekelip mata, dan jika tidak ditangani dengan segera, akan menyebabkan kematian. Risiko placenta accreta adalah 9 kali lebih tinggi sewaktu caesarean keempat berbanding dengan caesarean pertama.
Kecuaian Doktor Menyebabkan Berlakunya Komplikasi?
Doktor sememangnya tidak ada hak untuk membenarkan atau menghalang bilangan caesarean yang ingin seorang wanita lalui. Tetapi doktor menasihati berdasarkan fakta yang kukuh. Jika pesakit memilih untuk tidak mendengar nasihat doktor, jangan salahkan doktor jika/bila berlakunya komplikasi. Jangan tuduh doktor cuai!
Beberapa tahun lepas, ada seorang pesakit yang tekad untuk melalui pembedahan caesarean untuk kali ke 4, walaupun doktor telahpun memberikan penerangan berkenaan risiko. Sewaktu pembedahan ke 4, pundi kencing wanita tersebut telah luka (terpotong). Kemudian wanita tersebut telah menyaman doktor kerana komplikasi pundi kencing tersebut. Adakah wajar doktor tersebut disaman sedangkan pesakit itulah yang telah tidak mengikuti nasihat doktor? Tentu sekali tidak.
Ada pula mendakwa doktor cuai kerana saudaranya telah mengalami `usus bocor’ semasa pembedahan caesarean ke-3. Dan kemudian saudaranya telah mengalami pendarahan `dari hujung rambut hingga ke hujung kaki’ sehingga menyebabkan kematian.
Pertanyaan saya kepada orang tersebut, kenapa saudaranya tidak mengikat salur fallopian (pemandulan) semasa caesarean yang ke-3? Jika beliau telah mengikuti nasihat pakar sewaktu itu, maka tidaklah beliau mengandung kali ke-4, tidaklah perlu caesarean ke-4, tidaklah berlaku pendarahan dan tidaklah berlaku kematian. Memang ajal maut di tangan Allah, tetapi manusia masih boleh berusaha sebelum bertawakkal.
Perlu diingatkan juga bahawa bukan setiap doktor pakar O&G mempunyai kebolehan/skil untuk melakukan caesarean untuk placenta accreta. Nasib mungkin tidak menyebelahi anda dan anda bersalin pada hari doktor tersebut bercuti!!
Mengelak Mudarat Itu Wajib
Kajian-kajian sudah membuktikan bahawa caesarean ke-4 dan seterusnya berisiko tinggi. Oleh sebab itu doktor menasihatkan untuk `mengikat salur fallopian’ sewaktu caesarean ke-3. Doktor menyayangi nyawa anda. Bukan niatnya untuk menyekat rezeki (anak) anda.
Pepatah Melayu mengatakan `Orang tamak selalu rugi’. Bersyukurlah dengan rezeki tiga orang anak yang sudah ada.
Rujukan:
Silver RM, Landon MB et al. Maternal Morbidity Associated With Multiple Repeat Caesarean Deliveries. Obstet Gynecol. June 2006, vol 107, issue 6;1226-1232
Sumber:- Medmythbuster
P.S. 1 – CCTV JPJ Rakam Imej Bungkusan Kain Kapan Dalam Kereta Warga Singapura Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – ANEH Suami Selalu Pulang Rumah Mak. Akhirnya Apa Yang Suami Buat Di Rumah Maknya TERBONGKAR !!!
P.S. 3 – Malam Pertama Saya Salin Pakaian Di Bilik Lain. Gara-Gara Ini Suami Buat Sesuatu Di LUAR JANGKA !!!
P.S. 4 – Suamiku Seorang Yang Amat Baik Tapi Disebabkan Satu SEBAB, Aku TERLANJUR Dengan Rakan Sekerja !!!
P.S. 5 – Seluruh Penduduk MURTAD. 30 Tahun Pakcik Ni TERPAKSA Solat Sendirian…. Allah Allah…
The post Doktor Ini DEDAHKAN Kenapa Caesarean Hanya Dibenarkan 3 Kali. Rupa-Rupanya Kali Ke-4… appeared first on OH MY VIRAL.
Sumber : OhMyViral
from I Am Kiram http://ift.tt/2tbA0ou
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment