Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Bagaimana Mengenali Ciri-Ciri Barang Sihir?

Image result for Bagaimana Mengenali Ciri-Ciri Barang Sihir?


Dalam artikel kali ini, saya nak fokuskan pula pada ciri-ciri barang yang akan digunakan oleh tukang sihir.
Sebelum saya membahaskan tentang perkara ini, apa yang perlu kita semua faham ialah sihir adalah satu bentuk kezaliman yang dilakukan ke atas mangsa dengan cara yang tersembunyi.
Ada dua sebab saya katakan ianya tersembunyi.
Pertama, saya katakan tersembunyi kerana ianya dilakukan secara tersembunyi oleh tukang sihir tanpa pengetahuan mangsa.
Kemudian, akibat daripada sihir itu pula berlaku secara tiba-tiba dan tidak diketahui apakah sebab musababnya dan tidak diketahui apakah puncanya.
Kedua, saya mengatakan ianya tersembunyi kerana sihir yang akan dihantar itu pula  menggunakan perantaraan makhluk ghaib, iaitu jin yang juga tersembunyi.
Maksud tersembunyi di sini ialah ianya tersembunyi (tidak dapat dilihat) dari pandangan mata kasar manusia.
Jadi, bila kita dah faham perkara asas ini, mudahlah untuk kita memahami perkara seterusnya.

Realiti Sihir

Saya sering diajukan dengan pelbagai pertanyaan. Antara pertanyaan yang agak banyak juga saya terima ialah apakah tanda jika mereka menjumpai sesuatu di rumah mereka.
Sebagai contoh, ada yang menceritakan kepada saya mereka menjumpai bangkai tikus depan rumah, jumpa serpihan kaca depan pintu rumah, dan sebagainya.
Persoalannya, adakah itu petanda ada orang yang nak menghantar sihir kepada ahli rumah tersebut.
Jawapan saya, boleh jadi ya dan boleh jadi tidak.
Tetapi, seperti yang saya katakan di atas bahawa sihir ini ialah sesuatu yang tersembunyi. Jadi, sekiranya memang benar ada orang yang berniat nak menyihir anda, adalah lebih bijak mereka ini meletakkan barang-barang sihir di tempat yang tersembunyi dan tak mudah dijumpai.
Kerana barang-barang tersebut adalah diantara syarat berhasilnya sihir yang akan dihantar kepada mangsa.

Mengapa & Apa Yang Patut Dilakukan?

Mungkin anda bertanya kepada saya, apa tujuan barang-barang seperti bangkai tikus, serpihan kaca diletakkan di rumah anda?
Dan apa yang perlu dilakukan sekiranya perkara tersebut berulang?
Untuk soalan pertama, pada pandangan saya mungkin orang yang lakukan begitu kepada anda mempunyai rasa marah atau dendam. Jadi mereka lakukan begitu dengan tujuan untuk menakutkan anda dan membuatkan anda menyangka ada yang ingin menyihir anda.
Tetapi, saya tidak nafikan juga boleh jadi apa yang dilakukan tersebut adalah sebagai ‘signal’ atau petanda bahawa rumah dan keluarga anda telah disihir.
Tetapi barang-barang yang digunakan untuk sihirkan anda telah ditanam atau disembunyikan supaya anda tidak dapat mencarinya.
Dan selagi tidak dapat dicari barang sihir tersebut, sihir yang dihantar kepada anda mungkin tidak dapat disembuhkan (hakikatnya Allah yang menyembuhkan sihir) ataupun sihir tersebut akan sentiasa berulang-ulang walaupun telah banyak kali anda melakukan rawatan.
Apa yang perlu anda lakukan jika situasi di atas berlaku kepada anda?
Saya cadangkan anda lakukan langkah-langkah di bawah:
  1. Sediakan air paip lebih kurang sebaldi bersama dengan lada hitam yang telah dikisar dan juga garam kasar.
  2. Kesemua bahan di atas hendaklah diruqyah terlebih dahulu. Samada anda boleh ruyahnya sendiri atau minta bantuan dari orang lain, sebagai contoh perawat.
  3. Setelah diruqyah bahan-bahan di atas, campur lada hitam dan garam kasar tadi ke dalam sebaldi air.
  4. Ambil air yang secukupnya dan siramkan ke atas bahan-bahan yang anda jumpa tadi sambil membaca “Bismillah Hillazi La Yadhurru Ma’asmihi Syaiun…(hingga akhir ayat)”, Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi dan juga 3 Qul. Setelah disiram dengan air, buang bahan-bahan tersebut ke dalam sungai.
  5. Baki air di dalam baldi tadi, anda tuangkan sedikit demi sedikit disekeliling rumah anda sambil membaca Ayat Kursi tanpa putus.
  6. Untuk di dalam rumah pula, saya mencadangkan agar anda membaca bacaan ayat ruqyah sekerap yang mampu. Sekiranya anda tidak mampu membaca dengan kerap, anda boleh gunakan mp3 ataupun cd-cd bacaan ayat-ayat ruqyah sebagai alternatif.
  7. Dan akhir sekali saya sarankan anda cuba cari barang-barang sihir yang ditanam dengam menggunakan cara yang saya kongsikan dalam artikel “Tip Mencari Barang Sihir” di atas.
Semoga perkongsian artikel ini memberikan manfaat kepada anda. Jika ada soalan, boleh tuliskan soalan anda dalam ruangan komen di bawah.
Sumber : http://perawatislam.com


via Bin Usrah

Sumber : Gengviral

from I Am Kiram http://ift.tt/2skxv6b
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.