Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Wanita Tua Tiba² Tanya Soalan Pelik Dan Terus Pegang Ibu Jari Anak Saya. Rupa²Nya Dia Nak Lepas SAKA !!!

Wanita Tua Tiba² Tanya Soalan Pelik Dan Terus Pegang Ibu Jari Anak Saya. Rupa²Nya Dia Nak Lepas SAKA !!! | Selamat petang, nak share pengalaman sikit di sini. Pagi tadi pergi ke Klinik Kesihatan untuk check up baby usia sebulan. Semasa sedang menunggu giliran, ada seorang ibu ini bawa ibu dia yang berusia dalam lingkungan 50-an. Saya duduk di kerusi belakang dan dia duduk di depan.

Sekadar Hiasan

Sambil breastfeed baby, dia berborak dengan kita. Dia tanyalah beranak secara normal atau czer, anak nombor berapa bagai. Saya pun jawab seperti biasa sahaja.

Tiba-tiba dia tanya “darah ada lagi ke?”.

Saya dah mula syak bukan-bukan. Saya cuma jawab, “Kadang-kadang saja ada.”

Kemudian dia terus nak pegang kaki baby. Saya terperanjat dan terus cakap, “Jangan pegang kaki anak saya, makcik!” Mak mertua saya tak bagi!”

Terus dia batalkan hasratnya itu, diselangi dengan senyum sinis. Sampai balik dia tak bercakap langsung dengan saya.

Sebenarnya kalau nak tahu, biasanya orang yang ‘membela’ ini kalau jumpa baby, tak kiralah baby ke, budak berusia 6 tahun sekalipun memang dia akan pegang ibu jari kaki anak itu. Selepas pegang, anak memang akan menangis atau menjerit.

Mak mertua saya pandai mengubat orang. Jadi tidak hairanlah saya tahu tentang perkara ini. Jadi kepada ibu bapa di luar sana, kalau nenek tua atau orang muda tiba-tiba nak pegang kaki anak, cepat-cepat tarik anak. Yang sedang hamil, jangan sesekali bagi orang pegang perut walaupun saudara mara. Hati orang kita tidak tahu. Sebab itu kena berhati-hati walau dengan sesiapa pun.

Yang nak percaya itu, percayalah. Tetapi jangan taksub sangat. Yang tak nak percaya, suka hatilah, tiada paksaan.

Tolong kedekut sikit bab anak ini. Kita hampir nak kena masa anak sulung berusia 2 tahun balik kampung. Sebab itu orang mengandung atau ada anak kecik kena ada minyak zikir. Bawa saja bersama bila pergi ke mana-mana. Sebelum keluar rumah, sapu di kepala, telinga, dada, betis, tengkuk.

Kalau orang itu baik, tiada masalah kalau dia nak pegang. Kalau niat yang tak elok itu, inshaAllah dia takkan berani pegang. Minta dijauhkan dari anak-anak kita.

Minyak zikir itu boleh buat sendiri. Beli apa-apa minyak yang bersih (boleh bawa solat) bacakan surah yassin, 4 qul, ayat kursi, zikir. Kalau pening nak cari minyak apa, guna saja minyak masak. Mak mertua saya guna minyak kelapa untuk rambut 100% pure coconut. Boleh cari di kedai gunting rambut India. Kalau bidan yang okay, diorang buatkan minyak celak.

Sumber:- Info Ibu Hamil

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

The post Wanita Tua Tiba² Tanya Soalan Pelik Dan Terus Pegang Ibu Jari Anak Saya. Rupa²Nya Dia Nak Lepas SAKA !!! appeared first on OH MY VIRAL.



Sumber : OhMyViral

from I Am Kiram http://ift.tt/2qbFoHU
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.