VIRAL Halau Anak 9 Tahun..RESPON Ibunya Yg Sarat Mengandung Ini Buat Ramai TERPANA !!! | Sungai petani: Polis menahan dan mengambil keterangan ibu kandung serta bapa tiri kanak-kanak sembilan tahun yang mendakwa didera selepas ditemui dalam keadaan mencurigakan di Kampung Sungai Pasir Ahad lalu.
Lelaki berusia 41 tahun itu diambil keterangan bersama isterinya yang sedang sarat hamil lapan bulan selepas mempercayai terdapat unsur penderaan ke atas mangsa.
Dalam kejadian Ahad lalu, lebih kurang jam 2.40 petang, polis menerima maklumat berkaitan seorang pengawal keselamatan yang menemui mangsa di jalan belakang Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir mendakwa dipukul dan dihalau ibunya dengan membawa beg berisi muatan pakaian.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, siasatan mendapati, disebabkan kenakalan mangsa yang banyak membuat masalah, telah menimbulkan kemarahan ibu serta bapa tiri menyebabkan mangsa dipukul.
Menurutnya, ibu mangsa ada mengaku memukul mangsa bertujuan mendidik, bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan parut lama pada pipi dan betis.
“Mangsa telah diambil pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001.
Semalam, melalui kenyataan terdahulu, polis mendapati tiada sebarang unsur penderaan di badan mangsa membolehkan kanak-kanak itu diserahkan kembali kepada keluarga.
Bagaimanapun, hasil siasatan pegawai pelindung kanak-kanak petang semalam berpendapat wujudnya elemen penderaan membolehkan mangsa dihantar ke hospital bagi mendapatkan laporan lengkap perubatan.
Kredit : SinarHarian
P.S. 1 – Murid Kanan Bruce Lee Akhirnya Dedah Cerita Sebenar Dato’ Meor Tumpaskan Bruce Lee !!!
P.S. 2 – 3 Pulau Ini Muncul Semula Setelah Hilang 10 Tahun Semasa Tsunami 2004, Lihat Apa Yang Ditemui Di Pulau Itu Pasti MEMERANJATKAN !!!
P.S. 3 – Ini Tips Paling Mudah Check Harga Flight Murah, Confirm Senang Nak Rancang Holiday !!!
P.S. 4 – Selfie Ini Nampak Biasa Bila Sekali Pandang. Tunggu Sehingga Anda Lihat Kali Kedua !!!
P.S. 5 – Ayah Orang Kaya No.1 Malaysia, Tapi Pekerjaan Anaknya Bakal Buat Anda TERKEJUT !!!
The post VIRAL Halau Anak 9 Tahun..RESPON Ibunya Yg Sarat Mengandung Ini Buat Ramai TERPANA !!! appeared first on MALAYSIA KINII.
Sumber : MalaysiaKini
from I Am Kiram http://ift.tt/2rmeuxh
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment