Namanya Egami Sensei. Dia mengajar kami matematik kejuruteraan dan kawalan. Aku hairan amat dengannya. Setiap kali kertas peperiksaan subjeknya, aku digagalkan atas punca yang pelik. Contohnya, jika aku tersilap menulis simbol, kertas ujianku keseluruhan terus digagalkan. Dia tak perasan kertas esei tambahan aku (stapled di belakang), pun dia zass. Salah formula pun kena 'pancung' failed. Katanya aku 'sesat' fahaman, jadi kena kasi 'cuci'.
Satu je kot formula yang salah?
Kemudian, aku disuruh mengulangi subjek itu di semester baru. Ulang, ulang dan ulang. Tidak cukup dengan itu, aku diberi kelas khas. Setiap petang berguru dengannya 1-1. Ada saja kerja rumah yang diberi setiap hari. Setiap kali musim cuti, ada saja tugasan yang dia sediakan khusus untuk aku. 100 soalan disuruh tulis dalam bentuk folio. Disuruh ulas di papan hitam dengan kapur putih.
Semester demi semester.
Setiap kali kuliah istimewa ini, ada saja salah aku yang dicari. Dapat 90%, dia gagalkan. Dapat 83%, dia koyak kertas aku. Kadang-kadang, aku boring, aku sengaja capai 75%.
Katanya, "Hyaku paasento shiyo" (buatlah sampai 100%)
Alasannya, aku berguru secara berdepan, seharusnya lebih faham.
Hanya aku saja dilayan begitu. Aku tengok semua budak-budak yang lain steady saja. Tak kena macam seperti itu. Sudahlah aku seorang Melayu dan satu-satunya orang selain Jepun di kuliah itu. Siapa yang tidak malu? Tapi kerana adat anak perantau, kita diam saja. Ikut saja apa dunia sedang berlaku. Tak tahu nak fight cara kita, maka kita kena fight cara dia.
Nak report Ama Abah di kampung, uish tak sanggup den. Nak beritahu pada rakan senegara di kolej lain, uih lagilah malu. Jadi, kita diam sajalah.
Satu hari, aku dipanggil ke biliknya selepas kuliah petang.
"Irufan, adakah kau bosan menghadapku setiap minggu?"
Aku menggeleng, "Tidak, Sensei. Kenapa?"
"Sebenarnya, aku dah luluskan kau TIGA semester lepas."
"Haaaa???" Aku ternganga.
Maksudnya, di result paper semester, dia tulis aku gagal. Selepas itu, bila final year dia amend result asal. Aku pun tak faham macam mana dia buat. Yang pasti, ada approval dari ketua fakulti. Tidak tahu ingin geram atau bersyukur. Aku tak tahu nak jawab apa, sekadar diam. Namun, kata-kata sensei selepas itu membuatkan aku tergamam,
"Sebabnya cuma satu. Aku cuma suka mengajar kau."
Pelajaran ini amat besar di dalam hidup aku. Aku tak tahu apa aku dah buat selama ni yang menjadikan aku antara anak murid terbaiknya. Mungkin kerana aku sedikit pun tidak membantahnya. Aku jarang tidur di dalam kelas atau aku ini penyabar sangat, main serap saja segala caci maki seorang Jepun?
Tapi yang ini, adalah lebih pengajaran aku perolehi. Kadang-kala, kita tidak tahu bagaimana seorang guru boleh menyukai muridnya. Kita sangka, seorang guru boleh menyayangi muridnya dengan memberi markah percuma. Aku ingat, itu adalah salah satu kasih sayang guru. Rupa-rupanya, aku tersilap.
Baru aku sedar, gagalkan anak murid juga adalah satu tanda kasih seorang guru, demi terus menurun ilmu. Barangkali, kerana peluang bertemu kembali entah bila lagi, maka kita harus terus memberi, selagi masih punyai hari.
Adakah ini kasih seorang guru?
Terima kasih tidak terhingga, wahai para guruku.
Dari anak muridmu,
Sila follow FB beliau di sini: http://ift.tt/2rt7dLk
Sumber : Gengviral
from I Am Kiram http://ift.tt/2qU0zkR
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment