KUALA LUMPUR - Ekoran kenyataan Fasha Sandha itu, Nora Danish meluahkan rasa kesal dan terkilan dengan tindakan pelakon berkenaan yang didakwa telah menjejaskan maruah keluarga dan perniagaannya.
Lapor mStar Online, tuduhan buruk yang memberi persepsi negatif itu secara tidak langsung telah menjejaskan perniagaan yang sedang dipromosikannya.
"Saya sedih dan terkilan kerana tindakan dia telah membuatkan beberapa pelanggan saya ingin memulangkan semula baju raya yang telah dibeli. Ada juga yang berpaling arah dan benci kepada saya," katanya.
Berkata kepada media, Nora mengaku bahawa hubungannya dengan Fasha sememangnya tidak baik dari dulu lagi, tetapi tidak sampai ke tahap mahu menghalang Fasha dari mana-mana majlis yang dihadiri bersama.
"Hubungan saya dengan Fasha memang dari dulu tidak baik tetapi tidaklah sampai saya menghalang dia hadir atau halau dia pada majlis itu.
"Itu bukan majlis saya dan saya tidak tahu dan tidak pernah mengambil tahu dia datang atau tidak. Kalau benar saya mahu bertindak demikian, kenapa baru sekarang?" soalnya. - The Reporter
Sumber : Gengviral
from I Am Kiram http://ift.tt/2qeGK4D
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment