Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Bunuh penuntut UiTM di lebuhraya, bekas tukang masak dihukum gantung sampai mati


TAIPING, PERAK - Bekas tukang masak dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Taiping hari ini, selepas didapati bersalah membunuh penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang, dua tahun lalu, lapor Harian Metro

Hukuman itu dijatuhkan Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamed Zaini Mazlan terhadap Syarafi Abu, 27, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. 

Syarafi didakwa membunuh Nur Syuhada Johari, 20, di Kilometer 228.2, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berdekatan Bukit Gantang, jam 11.55 pagi 2 Februari 2015. 

Syarafi didakwa mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabit kesalahan. 

Laporan akhbar sebelum ini melaporkan Nur Syuhada dipercayai dikelar di leher oleh Syarafi yang juga tinggal sekampung dengannya ketika mereka menaiki kereta menghala arah selatan pada hari kejadian. 

Mangsa meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar ketika mendapatkan rawatan. 


Sumber : Gengviral

from I Am Kiram http://ift.tt/2r0sejH
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.