Oleh Faizal Ismail
Perkataan “Shell out” semakin meluas digunakan untuk menggambarkan makanan laut yang dilambakkan atas meja.Sebenarnya, perkataan “Shell out” telah didaftarkan trademark oleh pemohon bernama Yap Hong Liang (pemilik).
MyIPO telah meluluskan permohonan trademark tersebut pada 18 Disember 2016.
Mengikut undang-undang trademark, pemilik trademark mempunyai hak ekslusif atas trademark yang didaftar.
Segala penggunaan nama tersebut oleh pihak lain mestilah dengan kebenaran pemilik. Dan pemilik berhak menghalang mana-mana pihak dari menggunakannya.
Sekiranya pihak ketiga guna perkataan “Shell out” tanpa kebenaran, pemilik boleh mengambil tindakan undang-undang.
Trademark Logo
Trademark “Verbal”
Dua jenis trademark yang telah didaftarkan. Satu berbentuk logo dan satu lagi berbentuk verbal.
Trademark logo melindungi rupa logo tersebut. Sekiranya ejaan lain sedikit tetapi warna dan presentasinya sama, ia juga dikira salah.
Trademark verbal melindungi dari segi sebutan. Sama ada ia “Shellout”, atau “Shell out” atau “Shell-out” atau “Shel Aut”, selagi mana bunyinya serupa, ia masih dilindungi akta trademark.
Satu lagi tanggungjawab pemilik trademark ialah mereka mestilah menghalang trademark mereka dari menjadi perkataan umum.
Salah satu kaedahnya ialah dengan mengeluarkan notis amaran di akhbar.
Pada 14 April 2017, pemilik “Shell Out” telah mengeluarkan notis amaran tersebut. Maka dia telah menunjukkan usaha untuk menghalang perkataan tersebut menjadi “generic”.
Notis amaran bertarikh 14 April 2017
Dengan ini, rakyat Malaysia tidak boleh menggunakan perkataan “Shell Out” tanpa kebenaran pemiliknya untuk perniagaan makanan dan pengiklanan.
Pemilik boleh melesenkan perkataan tersebut, dan peniaga makan yang hendak menggunakan “Shell Out” perlu membayar lesen kepada yang empunya trademark.
Bak kata Robert Koyosaki, sesuatu yang membawa masuk duit ke dalam poket dinamakan aset.
Trademark ini berpotensi membawa masuk duit kedalam poket pemiliknya. Maka ia adalah aset. Aset yang tidak boleh dipegang, terbakar, berkarat, mereput dan sebagainya. Ia kekal selama-lamanya.
Sumber : Friscomedia
from I Am Kiram http://ift.tt/2q5bNS5
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment