Oleh Taufiq Razif
Tolong beranak lagi sayang!
Saya dulu main order saja nak anak 11 orang dari isteri saya. Kononnya nak cukupkan kuota satu pasukan bola sepak bila semua dah besar nanti. Tetapi bila dah tengok sendiri kesusahan isteri menjaga anak dan berhadapan dengan risiko bersalin, saya jadi termenung sendiri.
Risiko bersalin ini bukan main-main. Memang melibatkan kesakitan dan nyawa. Silap haribulan boleh melayang tanpa amaran awal. Seperti yang terjadi pada kes kematian Julia Fransiska Makatey di Manado, yang menggemparkan Indonesia suatu ketika dulu.
Julia Fransiska Makatey | Foto - Google Images |
Arwah meninggal ketika proses melahirkan walaupun sebelum itu arwah sihat walafiat sahaja. Arwah mulanya sudah ada tanda-tanda nak bersalin, tetapi selepas 8 jam menunggu, masih tiada perubahan dan janin pun sudah mula menunjukkan tanda-tanda fetal distress. Lalu para doktor memutuskan untuk lahirkan secara pembedahan.
Semasa pembedahan, darah hitam keluar daripada potongan pertama. Itu menandakan oksigen dalam darah arwah sudah makin berkurangan. Alhamdulillah bayi dapat dikeluarkan dan semuanya kembali tenang. Tiba-tiba keadaan arwah semakin teruk, saturasi oksigen semakin berkurangan dan akhirnya arwah diisytiharkan meninggal 20 minit selepas pembedahan itu dilakukan.
Bila dibedah siasat, rupanya arwah mengalami emboli udara. Emboli udara itulah yang mengganggu peredaran darah di tubuh arwah. Emboli itu dijumpai di ruang jantung sebelah kanan arwah. Kes ini betul-betul membuatkan saya tersentap seketika. Bila pandang muka isteri, saya jadi sayu saja.
Sekarang ini saya sudah faham. Saya dah faham, kenapalah seorang wanita ini sangat mudah untuk masuk syurga. Cukup buat kewajiban agama dan taat pada suaminya. Dulu saya pelik dan rasa tak adil, namun sekarang saya sudah sedar. Kesanggupan mereka berdepan dengan risiko kematian dalam menjadi penyambung mata rantai zuriatlah yang menyebabkan martabat seorang perempuan diangkat tinggi oleh Tuhan!
p/s: Saya Taufiq Razif bukan suami yang terbaik tapi saya berusaha menjadi suami yang terbaik untuk isteri saya. Apa pun, saya respect kepada semua yang bergelar ibu. Anda sememangnya golongan yang hebat!
Baca lebih banyak lagi info menarik mengenai kehidupan berkeluarga di Facebook Taufiq Razif
Sumber : Gengviral
from I Am Kiram http://ift.tt/2pNjw8H
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment