Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

'Sumpah tak buat apa-apa, saya cuma nak teman dia tidur sebab sering diganggu saka arwah ibunya'


KUALA TERENGGANU - Seorang duda dicekup berkhalwat di rumah sewa pasangannya di Bukit Kecil, selepas diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bersama tiga anggota polis, jam 3.20 pagi, hari ini. 

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, serbuan dilakukan setelah mendapat maklumat dari orang awam di sekitar kawasan rumah berkenaan yang curig dengan tindak tanduk pasangan tersebut selama ini. 

Lapor Sinar Harian Online, lelaki yang bekerja di sebuah bank di bandar raya ini dilihat sering berkunjung ke rumah sewa wanita itu pada waktu lewat malam terutamanya ketika orang sedang nyenyak tidur. 

"Duda itu mendakwa dia sering datang ke rumah teman wanitanya semata-mata untuk menemani wanita itu yang takut tidur berseorangan kerana sering diganggu saka arwah ibunya. 

Sumpah kami tak buat apa-apa. Saya cuma nak teman dia tidur sebab sering diganggu saka arwah ibunya...

"Dia mendakwa wanita yang hidup menjanda sejak dua tahun lalu ada menghubunginya sebelum itu meminta tolong dia datang ke rumah kerana terlalu takut. Disebabkan kasihan, dia mengambil keputusan untuk pergi ke rumah itu," katanya. 

Lelaki itu turut mendakwa dia mengenali pasangannya yang bekerja sebagai peniaga online melalui group WhatsApp dan mereka hanya sekadar kawan sahaja. 

"Lelaki itu mendakwa mereka hanya bersembang sambil menonton filem sebelum rumah itu diserbu pihak berkuasa," katanya. 

Pasangan berkenaan dibawa ke pejabat JHEAT untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.


Pada 14 Februari lalu, seorang lelaki berstatus suami orang juga ditangkap berkhalwat dengan seorang wanita muda di rumah sewanya di Taman Sri Kolam, jam 1.30 pagi, lapor Harian Metro.

Wanita berusia 23 tahun itu tanpa segan silu mengaku pada penguat kuasa JHEAT bahawa mereka hanya melakukan 'aksi ringan'  sahaja.

Serbuan dilakukan JHEAT selepas menerima maklumat dari penduduk setempat yang curig dengan kelakuan pasnagan yang bekerja di sebuah syarikat pengiklanan.

Siasatan mendapati, lelaki berusia 29 tahun itu menyewa berseorangan di rumah itu, memandangkan isterinya menetap di Kelantan.

Wanita yang masih bujang itu pada awalnya memaklumkan datang ke rumah sewa lelaki terbabit untuk berbincang mengenai urusan kerja. Namun selepas berbincang, mereka berdua menonton cerita di laptop dan mengaku hanya melakukan aksi ringan seperti berpeluk dan cium.

Pasangan berkenaan dibawa ke pejabat JHEAT untuk siasatan lanjut kerana berkhalwat. - The Reporter


Sumber : 1Citemalaya>

from I Am Kiram http://ift.tt/2kNxq4f
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.