Saya Tetap Sayangkan Dia Walaupun Dia Adalah Tunang Orang !!! |Assalamualaikum. Saya hanya nak kongsi cerita dan minta pendapat, kerana hati saya rasa merana dan tak tentu arah sangat.. Umur saya 23, macam ni, saya ada kenal dengan seseorang mamat ni, kami dah kenal lama kat wechat hampir 3 tahun tapi tak penah rapat.
Tiba-tiba dalam 2 bulan baru² ni, kami baru jumpa selalu dan rapat sangat². Tapi dia pun dah bertunang dan saya tahu dia akan nikah dalam 2 bulan lagi akan datang. Dalam masa kami rapat, kami dah mempunyai rasa hati yang sangat² sayang. Saya sayang dia lama tapi saya pendam sebab saya tahu dia dah tunang orang.
Kemudian, dia luah kat saya juga dia lampau sayang saya sangat². Dia kata saya beza dengan perempuan lain dan tunang dia. Dia kata saya baik sangat pada dia dan selalu support beri semangat pada dia. Tunang dia selalu marah² dia dan selalu tuduh dia bukan-bukan dan maki² dia sebab tu lelaki itu selesa dengan saya. Tapi dia tak ada pilihan lain kena tetap teruskan perkahwinan itu sebab semua persiapan sudah tersedia.
Dan lelaki tu banyak hati keluarga kena jaga dan hati saya juga. Dia berkata, saya sanggup tunggu dia hingga dia dah lepas kahwin dan dia ingin niat jadikan saya yang kedua. Saya tak ada niat hancur hubungan orang tapi selalu saya doa. Kalau ia bukan jodoh saya, jauhkan la kami tapi hati kami makin dekat dan hati saya makin sayang pada dia tapi sekarang hati saya sakit sangat² sebab dia dah nak kahwin.
Sumber: Kaki Share
The post Saya Tetap Sayangkan Dia Walaupun Dia Adalah Tunang Orang !!! appeared first on KISAH BENARKU.
Sumber : 1Citemalaya>
from I Am Kiram http://ift.tt/2kigBCd
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment