Ketahui Hak Anda, Servis Percuma 10 Kali Selepas Pembelian Motor Baru
Bagi sesiapa yang membeli motor baru, kebiasaannya kita akan mendapat khidmat servis percuma.
Sebenarnya, khidmat servis percuma tu memang hak pembeli dan datangnya daripada kilang untuk diberikan kepada pembeli.
Pembeli akan dapat kupon yang datang kilang dan berhak untuk buat servis di mana-mana wakil pusat servis. Bukannya kena kembali ke kedai yang kita beli. Apabila kita buat servis ke mana-mana wakil servis, kupon akan diberi dan wakil servis akan tuntut balik ke cawangan utama.
Mungkin akan kata, “Ala, berapa sangatlah harga servis tu. Minyak hitam dan penapis minyak tu kena bayar sendiri”.
Inilah mentaliti yang diambi kesempatan oleh penjual dan wakil pusat servis. Kebanyakan kita tak pernah tahu pun kewujudan kupon tersebut dan sangkakan ianya adalah ehsan daripada wakil jualan dan pengedar.
Untuk Yamaha, di kompleks Yamaha Hong Leong Sungai Buloh, kupon itu berharga RM30. Kalau 10 kali servis dah RM300. Kalau 20 motor, dah boleh beli 1 motor Yahama LC tanpa insurans dan cukai jalan.
Malah, ada sesetengah kes, penjual tu langsung tak bagi servis percuma dan kononnya tidak layak menerimanya.
Kes aku, aku beli motor baru. Sebab diskaun yang tinggi dan bawah harga pasaran untuk on the road. Katanya aku tak dapat 10 servis percuma. Jadi aku pergilah ke kompleks Hong Leong Yamaha untuk servis.
Aku lagi suka ke sana berbanding bengkel-bengkel yang tak ada etika khidmat pelanggan. Kita tanya lebih-lebih atau tak puas hati, pomen buat muka marah atau perli-perli. Biarlah bayar mahal sikit, janji puas hati. Bukannya demand atau bossy. Aku tanya soalan teknikal sebab aku nak belajar.
Jadi masa di sana, mereka minta kupon tu, aku jawab tak terima sebab katanya aku tak layak sebab dia bagi harga murah. Dia tanya aku harga, aku jawab sekian-sekian, dia kata memang murah.
Tetapi kalau kedai tu bagi percuma pun, aku tetap layak menerima kupon tu sebab ianya datang dari kilang. Dan dia bagi penerangan seperti di atas.
Kita boleh pergi mana-mana wakil servis, dan wakil servis yang kita servis motor boleh tuntut dari Hong Leong Yamaha.
Nampaknya aku dah kena tipu. Dulu masa bujang aku belikan adik aku motor, bersusah payah dia pergi balik ke kedai tempat aku beli motor tu untuk servis percuma. Kedai yang tipu aku kata tak layak dapat percuma ni ada di Taman Tun Ismail. Budak-budak Sungai Penchala tahulah kedai motor mana satu. Sederet dengan 2 bank kedai motor tu.
Kalau sesiapa yang rajin baca manual kenderaan seperti aku, pada jarak (mileage) tertentu wakil pengedar patut periksa bahagian lain seperti break, lampu, karburetor dan berbagai-bagai lagi seperi yang ditulis dalam manual. Itulah gunanya servis percuma itu selepas pembelian motor. Ianya untuk memastikan motor dalam keadaan baik.
Ada jadual tertentu untuk servis tertentu sepertj dalam buku manual kenderaan yang kita beli. Malah, kita patut dapat satu lagi buku yang menyatakan jarak tertentu, bahagian motor tertentu masih lagi bawah waranti tertentu.
Untuk pengetahuan semua, aku cuba tanya pemilik-pemilik superbike yang datang ke Kompleks Hong Leong Yamaha Sungai Buloh, semua kata dapat kupon tu. Nampak sangat benda ni mereka lakukan ke pemilik motor kapcai seperti motor aku.
Ketahui hak anda, jangan biarkan anda ditipu walaupun anda rasa berapalah sangat. Tetapi sebenarnya mereka ambil untung beribu-ribu atas ketidakpedulian anda.
Kalau siapa nak kata, “huyyo motor baru”. Ketahuilah yang aku jual kereta dan motor lama adik aku untuk beli motor ni.
Aku dah jangka dah minyak akan naik mendadak lagi-lagi penghujung tahun 2016 dan ke atas. Aku dah tak larat tanggung duit minyak RM400-600 sebulan. Sekarang ni, aku cuma belanja RM6 seminggu untuk motor.
Sumber : Mediahub
from I Am Kiram http://ift.tt/2jyDdy0
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment