IPOH, PERAK - Tindakan sekumpulan kanak-kanak cuba memecah mesin tukar wang token di sebuah kedai dobi, dirakam kamera litar tertutup dalam kejadian awal pagi Ahad.
Gambar lima kanak-kanak lelaki yang datang ke kedai tersebut menaiki basikal dan cuba menrompak kedai dobi tersebut dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Lelaki dipercayai pemilik kedai dobi layan diri itu, Azhar Fazin, memuat naik beberapa gambar suspek di laman Facebook dan telah dikongsi 1,114 kali oleh pengguna laman berkenaan.
Difahamkan kejadian itu berlaku pada jam 6.02 pagi di mana salah seorang suspek cuba menendang dan merosakkan mesin pertukaran wang bagi mendapatkan wang di dalamnya.
Berdasarkan gambar, suspek juga dilihat cuba mendapatkan wang dari mesin basuh pakaian.
Buat kerja 6.02 pagi..cuba pecah Dobi
Posted by Azhar Fazin on Saturday, 11 February 2017
Menurut kenalan Azhar, Aliah Lya menegaskan mereka mahu ibu bapa kepada kesemua suspek datang berjumpa dengan mereka dan meminta maaf di atas tindakan anak-anak mereka. Jika gagal berbuat demikian, pihaknya akan viralkan di media sosial dan gambar kesemua suspek akan dilekatkan di semua kedai dobi. - The Reporter
Sumber : 1Citemalaya>
from I Am Kiram http://ift.tt/2lGlIsQ
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment