Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Tinggalkan Malaysia jika tidak suka kerajaan Barisan Nasional - Ketua Wanita Umno


KUALA LUMPUR, 30 Dis: KEADILAN Negeri Pahang mengutuk serta mengecam sekeras-kerasnya perbuatan biadab dan kurang ajar Ketua Wanita Umno dari Kuantan yang meminta rakyat yang tidak suka kepada Kerajaan BN agar keluar dari negara ini.

Ketua Wanita Umno tersebut, Datuk Zaiton Mat berkata “Tinggalkan Malaysia jika tidak suka kerajaan BN”. Zaiton berkata demikian selepas mengetuai 50 anggota Umno Kuantan dan Paya Besar yang membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan semalam, lapor The Star.Laporan polis itu dibuat kononnya ada cadangan untuk guling kerajaan pada 31 Disember ini di Dataran Merdeka.

Biro Komunikasi KEADILAN Pahang W Fauzudin  dalam satu kenyataan mediaberkata kenyataan Zaiton itu jelas menampakkan beliau tidak layak menjadi pemimpin kerana terlalu mudah terpedaya dengan propaganda murahan media yang beliau sendiri tidak tahu asas dan bukti tuduhan jahat tersebut.

“Mungkin berasa tertekan dengan kecaman rakyat terutamanya dari mangsa-mangsa banjir sekitar Kuantan, Indera Mahkota, Paya Besar dan beberapa kawasan lain di negeri ini terhadap Kerajaan Negeri dan Pusat yang jelas gagal bertindak pantas membantu mangsa-mangsa banjir maka beliau ingin mengalih perhatian kepada isu yang sengaja diada-adakan.

“Bahkan di kawasan Najib sendiri iaitu di Pekan terdapat mangsa-mangsa banjir yang terpaksa meminta bantuan dari Wakil Rakyat dari PR di kawasan lain kerana tindakan lembab pihak kerajaan membantu mereka”, katanya .

Beliau berkata paling mengecewakan Ketua Wanita ini apabila lebih 100 orang ahli Umno dari Kuantan bertindak meninggalkan parti tersebut dan menyertai KEADILAN kerana kecewa dengan sikap pemimpin Umno yang tidak peka dengan kesusahan rakyat menghadapi banjir. Di waktu rakyat berlapar dan rumah mereka ditengelami air, pemimpin Umno bersorak riang di PWTC dan hanya datang menemui rakyat setelah keadaan banjir hampir pulih.

“Sikap ego dan sombong Ketua Wanita ini pasti tidak akan dilupakan oleh rakyat di negeri ini. Bayangkan jika di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, para penyokong Umno/BN diminta tinggalkan negeri tersebut apakah akan terjadi kepada negara ini?

“Kebebalan Ketua Wanita ini amat memalukan kerana gagal tampil untuk berhujah sebaliknya membuat kenyataan kebudak-budakan”, ujarnya dalam kenyaatan tersebut.

Sementara itu Ketua Wanita KEADILAN Zuraida Kamaruddin menyelar  kenyataan Ketua Wanita Umno Kuantan, Datuk Zaiton Mat bermati-matian mempertahankan kerajaan minoriti BN dan tergamak mengusir rakyat yang tidak sehaluan menunjukkannya buta terhadap masalah rakyat.

“Ketua Wanita Umno itu membutakan mata terhadap masalah rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya berbeza dengan Pakatan rakyat yang lebih inklusif memenangi hati rakyat dengan cuba memberi khidmat secara ikhlas, pemimpin Umno gagal memahami apa yang baik dan betul untuk rakyat.

Zuraida turut mempersoalkan kewajaran cabaran Zaiton memandangkan keputusan pilihan raya lalu memperlihatkan hanya 47 peratus rakyat Malaysia menyokong BN

“Tiada seorang pun ahli Umno diminta supaya meninggalkan negara ini walaupun mereka sudah menjadi golongan minoriti di negara ini,” kata Zuraida.

Kata Zuraida, kenyataan Zaiton menunjukkan sikapnya yang tidak bertamadun dan ketinggalan zaman.

“Punca kemerosotan teruk sokongan rakyat kepada Umno-BN kerana orang Melayu mula sedar bahawa selama ini mereka tertipu.

“Dasar Ekonomi Baru yang kononnya diwujudkan kononnya bagi meningkatkan ekonomi Bumiputra hanya mengayakan segelintir kroni.

“Kegagalan tersebut membuktikan Umno bukanlah juara orang Melayu. Pemimpin mereka sibuk memperjuangkan poket sendiri, sedangkan majoriti rakyat terbeban dengan cukai dan kenaikan harga barang,” kata Zuraida.

“Zaiton dituntut meminta maaf atas ketelanjurannya mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati rakyat Malaysia,” tegas Zuraida.

Sumber : BicaraNework

from I Am Kiram http://ift.tt/2fHUP8N
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.