Serangan Malaysia ke atas Kota London Dan Hampir Berperang Dengan US Semasa Tun Mahathir Menjadi Perdana Menteri
Pisau menerima email daripada pembaca,Sama sama kita lihat bagaimana kebijaksanaan Tun M dapat menundukkan dua kuasa besar British dan US.Kepada penulis artikel ini Pisau ucapkan tahniah kepada anda kerana mengingatkan kembali sejarah yang seluruh rakyat Malaysia tidak tahu dan tidak sedar akan pengorbanan para pemimpin Umno & BN.tun mahathir
ULANGKAJI SEJARAH Perjuangan & Jasa TUN M yg mungkin dilupa oleh generasi Y:
Nama beliau ialah Margaret Thatcher. SIAPA DIA NI..?? Sepanjang karier beliau, beliau dikejutkan dengan rancangan genius oleh mantan PM kita yang tercinta, Tun Dr Mahathir.
Peristiwa ini masih diingati oleh dunia dan dikenali dengan nama, “Serangan Subuh.” Pada September 1981, Tun Dr Mahathir telah menghantar empat orang anak Melayu antaranya ialah Ku Li dan Ghaffar Baba.
Tun Dr Mahathir telah mengarahkan kajian yang begitu teliti dijalankan ke atas undang-undang pelaburan British. Rancangan Tun Dr Mahathir ialah untuk mendapat kembali tiga buah syarikat yang dahulunya milik Malaysia, tetapi telah dirampas oleh British. Guthrie, Sime Darby dann Golden Hope telah berjaya kembali kepada tangan anak Malaysia, dengan pembelian secara senyap oleh Malaysia ke atas saham British di London Stock Exchange pada waktu subuh tanpa disedari sesiapa.
Apa yang menariknya, kejayaan Tun membawa kembali 3 syarikat ini ke tangan anak Malaysia telah membawa pulangan 36 Bilion ditambah pula dengan tanah di dalam dan luar negara kepunyaan Guthrie.
Margeret Thatcher amat bengang dengan kejatuhan syarikat British yang berusia lebih 200 tahun ke tangan Malaysia (ladang Guthrie pun dahulunya milik Malaya). Beliau hanya tahu seminggu selepas peristiwa tersebut. Ianya jadi pengajaran yang amat berguna kepada PM Britain tu kerana sebelum ni dia amat bongkak kerana enggan menjual tanah Guthrie yang ada di negara kita semasa Malaysia menawarkan untuk membeli tanah tersebut.
Tapi akhirnya Tun dengan beraninya melaksanakan Dawn Raid Project sehingga tiada satu ekar pun tanah Guthrie di seluruh dunia yang tidak jatuh ke tangan Malaysia dan pengambilalihan itu sah di sisi undang2 ekonomi antarabangsa walaupun kerajaan Britain membantah.
Akhbar-akhbar di seluruh dunia pada masa itu meletakkan pengambilalihan itu sebagai berita utama mereka dengan tajuk antaranya “Serbuan Menyingsing Subuh” dan “Serangan Malaysia ke atas Kota London” yang menceritakan tentang kejayaan Malaysia. Hingga PM Britain Margerat Thactcher sendiri ke KL terpaksa mengadap Tun M. Belum masuk cerita Sudan Oil lagi macam mana Petronas boleh jadi kuat di serantau Afrika dan bagaimana US nak isytihar perang dengan Malaysia sebab isu ini.
Tahun ’88, apabila negara Sudan mula stabil dan hendak majukan negara, ada tawaran dari negara luar untuk bantu pihak kerajaan Sudan majukan carigali minyak, sebab Sudan tidak ada modal dan kepakaran sendiri. Mula-mula US datang bersama Texas Oil untuk buat research selama 3 bulan. Lepas tu US kata minyak di Sudan tak berbaloi untuk dibangunkan. Tapi Sudan tak puas hati sebab dia percaya bahawa minyak di negaranya memang banyak. Negara lain tak berani masuk sebab US semacam dah bagi signal jangan masuk. Tapi Petronas saja yang berani masuk untuk buat research. Melalui kajian Petronas terdapat simpanan minyak di Sudan antara terbesar di dunia. Bila kapal-kapal dari Malaysia nak turun ke Sudan, US buat blockade kat international water sempadan Sudan.
Kalau Malaysia masuk jer, isytihar perang dengan US. Time tu CEO Petronas kata nak patah balik, tapi Mahathir kata go on, nanti dia setelkan. Rupa-rupanya, Mahathir ke China utk masukkan China sebagai joint-venture dlm projek Sudan Oil. China buat piping. Sebab masukkan China, US terus buka laluan untuk kapal Malaysia masuk dan deal yang Malaysia buat dengan Sudan sangat sangat menekan syarikat minyak yang lain. Standard deal yang masa tu adalah 70% profit untuk syarikat dan 30% profit untuk negara tersebut.Petronas punya deal 15%,Negara tersebut dpt 85% tapi hanya 25% diberi dalam bentuk kewangan.
Yang baki tu Petronas akan bertanggung jawab untuk majukan bandar, buat sekolah, infrastruktur dan sebagainya. Sebab kalau bagi cash, orang Sudan ni akan beli senjata tembak sama sendiri jer. Deal macam ni tak pernah di dengar dan mulalah negara Afrika offer job kat Petronas sehinggakan jadi foreign oil company no.2 terbesar interms of kawasan di dunia… Mana tak Rothschild, Rockefeller dengan Soros tak bengang pada Malaysia… Sekian utk renungan……
Sumber : BicaraNework
from I Am Kiram http://ift.tt/2hs7VH5
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment