Seorang ibu yang membawa anaknya menaiki komuter dinafikan hak untuk duduk oleh seorang wanita warga tua hanya kerana dia tidak membayar tiket untuk duduk di kelas pertama.
Video yang dimuat naik oleh Tyrone Williams dari Bromley itu menunjukkan si ibu berkenaan dipaksa beralih ke tempat duduk yang lain meskipun dia mendukung anak kecilnya di depan badannya.
Si ibu berkenaan terdahulu cuba meminta wanita warga tua itu mengalihkan begnya dari tempat duduk disebelahnya agar si ibu dapat duduk.
Malangnya, wanita tua itu pula membalas, "Awak sepatutnya hormat orang lebih tua. Orang telah membayar tiket untuk duduk dalam pengangkutan ini," katanya.
Si ibu itu kemudian menjelaskan bahawa dia telah menbayar tiketnya tetapi wanita tua itu pula mendakwanya tidak memegang tiket kelas pertama.
Si ibu berkenaan kemudian cuba meminta dengan baik, tambahan tempat duduk adalah diutamakan bagi golongan yang memerlukan seperti dirinya yang tidak mampu berdiri lama. Namun, wanita tua itu berkata. "Saya tak nak duduk di sebelah bayi menjerit."
"Dia tidak menjerit, dia berkelakuan lebih baik dari awak," balas si ibu muda itu.
Beberapa penumpang yang lain kemudian campur tangan dalam hal itu dan mereka bersetuju bahawa si ibu itu tiada hak duduk di situ kerana dia tidak membayar untuk tiket kelas pertama. Bagaimanapun, Tyrone tidak bersetuju dengan mereka.
"Dia boleh duduk di mana sahaja yang dia mahu kerana dia mendukung bayi," kata Tyrone.
Wanita tua itu terus cuba menghalang si ibu itu daripada terus duduk di sebelahnya, jelas sekali menunjukkan wanita tua itu tidak berhati perut.
Akhirnya, tampil seorang penumpang yang menawarkan tempat duduknya kepada si ibu berkenaan agar masalah itu tidak berpanjangan.
Ignorant people who think they're better than everyone else!! 😡😡😡😡
Posted by Tyrone Williams on Friday, 9 December 2016
Video yang dimuat naik oleh Tyrone pada Jumaat lalu telah ditonton 250,000 kali dan menerima pelbagai reaksi netizen yang mengkritik tindakan wanita tua yang tidak bertimbang rasa itu.
Jurucakap Southern Rail berkata, tempat duduk khas bagi golongan yang memerlukan terdapat di kelas biasa dan kelas pertama.
"Mereka sepatutnya diberikan tempat duduk jika mereka lebih memerlukan seperti orang kurang upaya (OKU), warga tua, ibu mengandung dan ibu bapa yang membawa anak kecil.
"Penumpang yang menggunakan tempat duduk khas dalam kelas pertama masih perlu mempunyai tiket kelas pertama yang sah, kecuali kelas pertama ditutup di atas sebab gangguan tertentu," katanya. - The Reporter
Sumber : Citeheboh
from I Am Kiram http://ift.tt/2hp4Doa
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment