RANAU, SABAH - Dalam kenyataan terkini pemandu bas yang didakwa memandu secara melulu dalam video viral baru-baru ini mendakwa bahawa dia memandu mengikut gerak hatinya.
"Saya pandu mengikut gerak hati. Kalau boleh potong, saya potong. Saya bukan pandu ikut suka hati," kata Muhammar Ghadafi Abd Mahar dalam sejam yang lalu.
Malah, Muhammar turut menegaskan bahawa bukan dia seorang sahaja yang berbuat demikian dan meminta netizen memahami kerjayanya sebagai pemandu bas jarak jauh.
"Saya pandu bas lebih 500 kilometer siang malam dari Kota Kinabalu ke Semporna. Selok belok jalan raya saya sudah hafal. Di mana ada jalan rosak, selekoh, saya sudah baca. Bukan saya sahaja yang memotong di garisan berkembar. Boleh dikatakan 90% pemandu yang berbuat demikian," katanya lagi.
Kesal dengan tohmahan netizen, Muhammar mencabar mereka untuk cuba melakukan pekerjaan selama sebulan bagi memahami keadaannya.
"Beginilah, kalau rasa-rasanya kau hebat, saya cabar kau. Kita pandu bas pergi balik siang malam selama satu bulan," katanya.
Meskipun kesal dengan reaksi balas pemandu bas itu, netizen tetap menasihatkan lelaki itu agar mengaku salah dan tidak lagi menegakkan benang yang basah.
Menurut sumber, bas nombor pendaftaran SD9599H itu mempunyai 22 saman yang berjumlah RM6,600 yang masih belum dijelaskan. - The Reporter
Artikel berkaitan:
Sumber : Citeheboh
from I Am Kiram http://ift.tt/2ho6jOJ
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment