Apa yang uniknya dengan penerbangan tersebut ialah, pramugari-pramugari MAS yang bertugas semuanya memakai pakaian menutup aurat dengan lengkap bertudung.
Turut dimaklumkan sama ialah pramugari-pramugari tersebut meminta agar Ahli Parlimen akan tetap konsisten berjuang dalam isu hak pramugari MAS dalam soal tudung dan hidangan arak atas pesawat.
“Pramugari MAS berharap agar mereka dibenarkan memakai tudung ketika bertugas dan tidak lagi diarahkan untuk menghidangkan arak kepada pelanggan”.
Apa yang menarik perhatian netizens ialah, ini adalah penerbangan khas yang pertama kali melibatkan kerabat diraja yang mana pramugarinya memakai tudung untuk melayan rombongan YDPA ke Istana Negara bagi acara Melafaz Sumpah Jawatan.
Netizens kemudiannya memuji tindakan tersebut dan menyifatkan ia sebagai permulaan yang baik bagi Yang Dipertuan Agong yang baru.
Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Kedua-dua baginda dipilih Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-243 (Khas) di Istana Negara, pada 14 Oktober lalu, bagi tempoh 5 tahun bermula hari ini.
Sumber: ohmymedia.cc
Sumber : Citeheboh
from I Am Kiram http://ift.tt/2ht1PUh
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment