Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Berang Pelanggan Batal Tempahan, Pemandu Uber Viralkan Muka Pelanggan Di Media Sosial



Untuk semua pemandu Grab Car / Uber. 

Assalamualaikum. Sebelum itu nak minta maaf kalau ada terkasar bahasa dan kata-kata. Cerita ini berdasarkan kejadian semalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tiba di KLIA, memang saya tekan Grab untuk pulang ke rumah. Bila sudah booking dan driver itu sendiri telah menghubungi saya untuk mengesahkan booking, tiba-tiba sahabat saya dari Selayang mahu menjemput saya di KLIA tanpa mengenakan sebarang caj (terima kasih Azizol Aziz). Dan saya cepat-cepat batalkan tempahan Grab Car tadi sebelum pemandunya sampai di KLIA. 

Adakah membatalkan tempahan itu satu kesalahan? Kalau ya, sila nyatakan kalau ia salah di sisi undang-undang. 

Saya telah memaklumkan kepada pemandu berkenaan alasan saya membatalkan tempahan itu. Tetapi bila keesokkan harinya, ramai rakan-rakan saya memaklumkan bahawa gambar saya viral di laman Facebook atas tuduhan menipu Grab Car / Uber. 

Saya nak tanya kepada semua pemandu Grab Car / Uber, adakah saya bersalah sampai dicaci maki? Kenapa saya diperlakukan seperti ini hanya kerana saya batalkan tempahan? Adakah salah jika pelanggan membatalkan tempahan sebelum pemandunya tiba di lokasi yang dinyatakan? 

Saya sertakan gambar bukti bahawa saya telah membatalkan tempahan dan meminta maaf kepada pemandu berkenaan pada hari kejadian. Kalau pemandu Grab Car / Uber menyangka saya berniat untuk bermain dengan tempahan palsu, harap maaf. Bukan niat nak bermain dengan aplikasi Grab Car/Uber. 




Kalau tak boleh batalkan tempahan, jangan wujudkan butang batalkan tempahan. Buat aplikasi sendiri yang tak ada butang untuk batalkan tempahan. 

Kepada saudara Fai Zal, semoga tuan hidup dengan rezeki yang diberiNya, bukan dari aplikasi Grab Car/Uber. Ayah saya pun pemandu teksi, jadi memang saya faham marah itu macam mana tetapi janganlah menjadi Melayu yang depan cakap lain, belakang cakap lain. Okey brader? 

Kalau marah kerana saya batalkan tempahan, tunggu, saya akan emel founder Grab Car untuk buang butang batalkan tempahan itu. Terima kasih dengan caci maki dari pemandu Grab Car/Uber yang terlibat. Sesungguhnya Allah dapat membuka hati pemandu Melayu di Malaysia lebih beristifar dari caci maki. 

Minta tolong repostkan post ini agar semua pemandu Grab Car/Uber tahu yang saya sedang menghubungi Anthony Tan melalui emel memintanya membuat butang batalkan tempahan.

Bukan niat saya nak memburukkan atau viralkan muka pemandu itu, cuma lebih kalau kalau dia bersabar. Terima kasih. - Rahmat Amin Ismail


Sumber : Citeheboh

from I Am Kiram http://ift.tt/2huZwAn
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.