(10 Gambar & Video) Sultan Muhammad Ke-V Ditabalkan Sebagai Agong Ke-15
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.
Lafaz dilakukan dalam satu upacara penuh adat istiadat di Istana Negara di Kuala Lumpur.
Antara perkara menarik berlaku di Istana Negara adalah ucapan Daulat Tuanku ditukarkan kepada Allahuakbar dan perkataan menggagungkan Allah itu boleh kedengaran di majlis istiadat tersebut.
Sultan Muhammad V, 47, dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas) pada Oktober lepas yang turut memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Untuk pengetahuan, Sultan Kelantan sememangnya terkenal sebagai seorang yang warak dan amat dekat di hati rakyat.
Tuanku juga hanya menggunakan pengganti diri ‘ambo’ ketika berkata-kata dan mengenakan jubah ketika bersolat di masjid.
Sememangnya Sultan Kelantan amat disayangi rakyat jelata. -PENMERAHDOTCOM
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V di Istana Negara. http://pic.twitter.com/776nDOXdbr
— Myraridzuan (@Myraridzuan_) December 13, 2016
[Video] Istiadat Keberangkatan Tiba Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V http://pic.twitter.com/JeTC9GvMSu
— BERNAMA (@bernamadotcom) December 13, 2016
The post (10 Gambar & Video) Sultan Muhammad Ke-V Ditabalkan Sebagai Agong Ke-15 appeared first on PenMerah.com.
Sumber : Penmerah
from I Am Kiram http://ift.tt/2hou4n3
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment