Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

'Virus Zika Dalam Badan 3-5 Hari Saja' - Pakar


Oleh Dr. Zubaidi Hj Ahmad

Stigma kepada individu serta keluarga yang dijangkiti virus Zika merupakan salah satu isu yang berlaku di sesetengah negara yang mengalami wabak Zika. Salah faham dan persepsi yang tidak tepat masyarakat berlaku akibat kesilapan dan pemahaman yang kurang tepat mengenai Zika. 

Berikut merupakan sesi temuramah bersama Dr. Wong Sin Yew, Pakar Penyakit Berjangkit Hospital Gleagles mengenai jangkitan virus Zika yang boleh membantu meningkatkan pemahaman mengenai jangkitan virus Zika bagi mengelakkan stigma kepada individu dan keluarga pesakit Zika. 


Menurut Dr. Wong Sin Yew, seseorang individu yang dijangkiti virus Zika hanya akan menjadi perumah (host) aktif virus Zika pada tempoh masa yang singkat, iaitu kira-kira tiga hingga lima hari sahaja. Selepas sembuh, virus Zika telah hilang dari dalam darah dan individu tersebut bukan lagi perumah virus Zika yang boleh menjangkiti komuniti lain setempat. 

Setelah sembuh dari jangkitan Zika, individu tersebut akan memiliki antibodi terhadap virus Zika selama-lamanya. Ini bermakna, sekiranya anda dijangkiti virus tersebut minggu lalu dan telah sembuh sepenuhnya, nyamuk yang menggigit/menghisap darah anda minggu ini tidak akan menyebarkan virus Zika lagi. Individu ini tidak akan menjadi pembawa virus dan menyebarkannya kepada komuniti. 

Namun virus Zika tinggal lebih lama di dalam cecair badan seperti air kencing dan air mani (semen). Oleh sebab itu, lelaki yang dijangkiti virus Zika disarankan tidak melakukan persetubuhan tanpa perlindungan dalam tempoh 6 bulan untuk mengelakkan jangkitan kepada pasangan dan kandungan. 

Zika merupakan RNA virus dan ia mengalami proses replikasi dan perubahan kod genetik. Ia merebak melalui jangkitan nyamuk dan hubungan seks. Oleh itu, bagi mengelakkan dari jangkitan virus Zika, lindungilah tubuh anda dari gigitan nyamuk serta sentiasa mengamalkan hubungan seks selamat. - Dr. Won Sin Yew


Menurut Dr Zubaidi pula, virus Zika boleh terkandung dalam darah, air kencing, air mani atau cecair faraj. Virus Zika boleh berada dalam air mani selama enam bulan. Manakala virus Zika terkandung dalam cecair faraj atau vaginal fluid sehingga dua bulan. 

"Ini bermakna, jika wanita yang dijangkiti virus Zika melakukan hubungan seks dalam lingkungan dua bulan, risiko pasangan mereka dijangkiti virus Zika adalah tinggi. 

"Manakala jika kaum lelaki yang dijangkiti virus Zika melakukan hubungan seks dengan pasangannya, risiko pasangan mereka mendapat virus zika adalah tinggi dalam tempoh enam bulan ini," - Dr. Zubaidi Hj Ahmad | The Reporter


Sumber : Citeheboh

from I am Kiram http://ift.tt/2co1L4Q
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.