Sesetengah pasangan hanya mampu berserah sahaja jika mereka masih belum dikurniakan cahaya mata. Jika ada, adalah. Jika sebaliknya, redha dan menunggu sahaja. Namun tidak bagi pasangan yang sudah berkahwin selama lima tahun ini, yang enggan duduk diam dan mencari jalan untuk mendapat zuriat.
Difahamkan, wanita ini juga seringkali mengadu kesakitan di bahagian rahimnya. Apabila dirujuk ke hospital, doktor tidak mengesan sebarang penyakit pada wanita berkenaan. Namun, beliau asyik mengadu bahagian rahimnya sakit.
Enggan bergantung pada satu pendapat, pasangan ini kemudian pergi mendapatkan khidmat rawatan dengan Zaihan Johari, pengamal perubatan Islam, bagi mencuba rawatan ruqyah.
Dengan izin Allah, Zaihan berjaya merawat wanita itu dan apa yang mengejutkan ialah, satu 'bendasing' sebesar tapak tangan orang dewasa keluar dari rahimnya, berbau busuk. Menurut Zaihan, ia berasal dari gangguan jin.
"Ketulan kotor ini keluar dari rahim seorang wanita setelah saya rawati dan ruqyah. Dengan izin Allah, 'benda' ini berjaya dikeluarkan dan pesakit terus lega dari kesakitan di rahimnya. Pihak hospital juga terus membatalkan proses pembedahan bagi membuang rahimnya.
"Ia seakan uri tetapi bukan. Ia sebesar tapak tangan dan baunya sangat busuk. Ia berasal dari gangguan jin. Semua ketentuan ini dengan izin Allah. Moga beliau dikurniakan zuriatnya. InshaAllah," katanya.
Perkongsian Zaihan itu mendapat 9,021 perkongsian di Facebook.
Bagi pasangan yang tidak berputus asa dan cuba mencari jalan untuk mendapatkan zuriat, mungkin boleh mencuba kaedah rawatan secara Islam dan juga ruqyah. Semoga usaha anda bagi mendapatkan zuriat mendapat keberkatan dari Nya. - The Reporter
Sumber : Citeheboh
from I am Kiram http://ift.tt/2cx5D8B
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment