Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Rita Rudaini Bersedia untuk menjadi Suri Rumah Semula Siapakanh Insan yang BERTUAH itu

18.jpg

Kami rasa, bukan sekali dua soalan yang sebegini ditanyakan kepada Rita Rudaini, dan pastinya ibu tunggal ini mempunyai jawapan sendiri apabila diasak tidakkah dia bersedia untuk berkahwin lagi.


Ramai orang cakap kahwinlah dan cari bapa baharu kepada anak-anak. Pada saya, untuk apa nak cari pengganti sedangkan saya selesa hidup macam ini (hidup bertiga). Ada juga yang kata kalau ada suami lebih mudah jaga dua orang anak yang sedang membesar. Saya rasa sama sahaja. Kebanyakan memang ibu yang uruskan anak-anak berbanding suami

Disebabkan itu, saya tiada hati untuk berkahwin. Banyak faktor lain juga.Saya takut orang tak sayang anak saya. Selain itu, saya tidak mahu lagi penat menjaga hati lelaki.Tapi saya juga tidak dapat menolak andai Tuhan menentukan jodoh saya dengan seseorang selepas ini, jelas Rita kepada Kosmo!

Selain itu, Rita yang pernah dua kali gagal dalam perkahwinan (dan keduanya adalah daripada pasangan kembar) menyatakan bahawa apa yang terjadi sudah pun tertulis dan sebenarnya ada perkara yang lebih penting dicari oleh pelakon wanita ini.

Jodoh sudah tertulis. Saya juga tidak minta untuk berkahwin dengan pasangan kembar. Perkara kembar atau usia lebih muda bukan masalah kepada perceraian tetapi ia sebenarnya bergantung pada sikap seseorang itu dan macam mana pendiriannya, katanya

Sumber: ternyataviral

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.