Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Ramai Ingat Senang Jadi Boss Tapi Dalam Hati

2bZf3qu

Ramai orang sebenarnya tak tahu dan tak mahu mengambil tahu bahawa, orang berniaga ini susah. Siang dan malamnya fikir tentang bisnes. Di mata orang ramai, mereka hanya nampak orang berbisnes ini senang. Jadi boss, boleh pergi minum sana, pergi minum sini. Tetapi sebenarnya di dalam hati, siapa yang tahu?

Kalau salah sendiri, sendiri tanggung. Kalau salah pekerja pun, boss yang kena tanggung. Jadi boss salah urus pun kita kena tanggung. Jadi boss, kena faham hati pekerja, kena jaga hati pelanggan. Tetapi siapa nak jaga hati boss?

Bila sudah ada bisnes, boss kena cara pekerja. Bila ada pekerja, boss kena jaga pekerja. Bila tak ada job, boss pening kepala. Bila banyak job sekali sekala, pekerja minta gaji lebih.

Tetapi ramai tak tahu yang boss kena fikir, mana nak bayar bank, bayar sewa, bayar gaji pekerja, fikir macam mana nak besarkan empayar bisnes.

Kerja boss, cari kerja. Kerja pekerja, kerjakan apa kerja yang boss cari. Kerja sebagai boss nampak senang tetapi pening. Kerja sebagai pekerja, berpeluh satu badan, balik rumah tiada tekanan.

Kasihan boss-boss ini, banyak makan hati dari makan nasi. Kalau tiada jualan atau kerja, pekerja kata produk kita tak ada orang nak beli. Kadang-kadang bila pekerja buat salah sehingga menyebabkan pelanggan marah, boss juga yang kena. Hutang pula keliling pinggang, semata-mata nak carikan rezeki orang. Kasihan boss, siapalah nak kasihan pada boss ini.

Masa hari kerja, boss kena kerja. Masa pekerja boleh cuti, boss pun kena kerja. Orang kata, “Takpe, itu kan dia punya.”. Kasihan boss ni, boss kena jadi superman, tak boleh buat salah. Orang lain salah tak mengapa, boss kena maafkan.

Kawan-kawan yang berbisnes, saya faham perasaan anda. Anda berhati pejuang. Biarlah orang mengata anda bila anda jatuh. Mereka akan merangkak dapatkan anda bila anda berjaya kelak. Layankanlah hati sendiri, ubatlah hati dengan solat, pujuklah hati sendiri. Anda sebenarnya manusia luar biasa.

Teruskan usaha anda berbisnes, bantu orang, ikhlas. Kesat air matamu dan teruskan perjuangan. Biar seribu orang tak faham dengan anda, asalkan anda percaya pada diri anda sendiri dan anda boleh.

Anda ada saya, saya percayakan anda. Biar 1,000 orang kata anda tak boleh tetapi saya yakin anda manusia luar biasa. Selamat berjuang. – Aweenrashdan Dato Rashid Full | PIXEL MEDIA

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.