Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

GEMPAR UFO DI KUALA KRAI hah biar BETIK ADA CERITA DISEBALIK CERITAADAKAH MALAYSIA JADI SASARAN

Tiada UFO di Kuala Krai - Polis

KOTA BHARU: Polis menafikan kononnya terdapat objek terbang yang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar di ruang angkasa Kuala Krai sepertimana diviralkan menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Abdullah Roning pada Khamis berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada penduduk kawasan berkenaan berhubung kejadian tersebut.

“Video itu disebarkan oleh pihak tertentu tanpa mengetahui sebabnya,” kata beliau ketika dihubungi di sini, malam tadi.

Selain penyebaran video berdurasi 1 minit 25 saat menerusi media sosial itu, ia turut mengaitkan maklumat itu kononnya daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), dengan meletakkan perkataan “BERNAMA”.

Berita yang diviralkan itu menyebut: “Penduduk Kuala Krai Kelantan dikejutkan dengan objek dipercayai U.F.O. berlegar-legar di ruang angkasa berhampiran pusat cembong batu nang.


“Kejadian disaksikan dengan jelas oleh penduduk kampung selama beberapa minit sebelum objek tersebut hilang meninggalkan kawasan tersebut. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan ketika kejadian berlaku

Sumber: ternyataviral

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.