Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Aircon Rosak Hujan Pulak Apa Nak Buat

2cdH6Bb

Anda dalam perjalanan balik kampung selepas berbuka puasa. Malangnya pendingin hawa pula kurang sejuk dan keadaan di dalam kereta menjadi semakin panas. Tak semena mena hujan pula menimpa Cermin hadapan kereta anda mula memeluwap dan berkabus, lantas menyukarkan penglihatan.

Apa nak buat?

2c5Aw2u



Ada beberapa cara yang boleh dilakukan. Oleh kerana anda dalam perjalanan balik kampung, kemungkinan besar anda ada membawa ubat gigi bersama anda. Picit sedikit ubat gigi dan sapukan sama rata di bahagian dalam cermin kereta anda. Ini akan dapat membantu mencegah pemeluwapan air dari mengaburkan cermin anda. Krim pencukur juga boleh digunakan namun mungkin ramai yang tidak menggunakannya. Begitu juga sabun buku.

Satu cara lagi, jika kebetulan ada ternampak kedai runcit, beli lah ubi kentang. Kaedah ini mudah akan membantu cermin anda agar bebas-kabus. Penunggang motosikal juga boleh menggunakan kaedah ini untuh menyahkabus visor helmet anda.

Langkah 1

2cdI2W5



Potong kentang mentah kepada dua bahagian. Pastikan untuk menggunakan kentang yang bersih, atau cucikan ia jika bersalut tanah.


Langkah 2

2c5zfbC



Gosok bahagian dalam kentang yang dipotong tadi pada cermin. Ini akan membersihkan cermin dan meninggalkan lapisan yang akan mencegah pemeluwapan pada tingkap.

Langkah 3



2cdHfoj



Gunakan separuh lagi jika diperlukan. Anda juga boleh memotong kentang tadi untuk membuang bahagian yang telah kotor kerana digosok tadi, dan terus menggunakannya lagi jika mahu.

Langkah 4


2c5AxU2



Biarkan kering tanpa menyentuh cermin. Setelah kering, lapkan saki baki kentang jika ada pada cermin dengan tisu kering.


Teruskan memandu! Mudah mudahan kini cermin atau visor anda tidak akan memeluwap lagi!


Sumber: Careta.my

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.