Soalan:
Salam
Ada satu kemusykilan, pohon penjelasan...
Saya ada terbaca satu hadis menyatakan bahawa nabi s.a.w menggalakkan berlebih-lebih dlm memasukkan air ke dlm hidung (semasa wudhu') kecuali semasa berpuasa (maaf,tak ingat matannya).
Soalannya, adakah hadis ini sahih? dan jika sahih, adakah ini bermaksud memasukkan air ke dlm hidung semasa wudhu' dlm keadaan berpuasa dilarang atau hanya dikurangkan(tak berlebihan)?
JAWAPAN:
Wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Hadith yang ada nyatakan itu sahih dimana Nabi saw bersabda :-
أَسْبِغْ الْوُضُوءَ وَخَلِّلْ بَيْنَ الأَصَابِعِ وَبَالِغْ فِي الاسْتِنْشَاقِ إِلا أَنْ تَكُونَ صَائِمًا
"Lakukan wudhu' secara sempurna, pastikan air sampai ke jari-jari tangan dan kaki, beria-ria memasukkan air kedalam hidung kecuali semasa anda berpuasa" [Hadith Riwayat al-Tirmudzi #788, Abu Daud #142].
Hadith diatasnya menerangkan bahawa semasa berpuasa, diwaktu melakukan wudhu', elakkan dari berlebihan semasa kumur-kumur dan memasukkan air kedalam hidung, kerana ia mungkin menyebabkan air masuk melalui tekak semasa berpuasa. Selama-mana air tersebut tidak memasuki tekak, maka perbuatan tersebut tidak dilarang.
Didalam sebuah hadith, Umar al-Khattab ra. berkata " Aku mencium (isteri ku) semasa aku berpuasa. Aku berkata kepada Rasulullah saw, Hari ini aku melakukan suatu kesalahan, Aku bercium sedangkan aku berpuasa. Baginda berkata :-
أَرَأَيْتَ لَوْ مَضْمَضْتَ مِنْ الْمَاءِ وَأَنْتَ صَائِمٌ قُلْتُ : لا بَأْسَ بِهِ قَالَ فَمَهْ
"Apa pendapat kamu mengenai berkumur-kumur dengan air, dan enta berpuasa? Aku (Umar ra.) menjawab : Tidak mengapa dengannya, baginda mengatakan : Maka apa salahnya?" [Hadith Riwayat Abu Daud #2037].
Maka hadith diatas ini tidak melarang melakukan istinsyaaq (memasukkan air kedalam hidung) semasa berpuasa, akan tetapi janganlah berlebihan sehingga air masuk ke tekak.
Akan tetapi, jika termasuk juga air hingga ke tekak, Ibn Utsaimin rh mengatakan bahawa ia tidak membatalkan puasa, dan puasanya masih sah, kerana dilakukan secara tidak sengaja [Sharh al-Munthi', 6/240. 246]. WA
Sekian, wassalam
Sumber: http://ift.tt/2qEEBCA
via Bin Usrah
Sumber : Gengviral
from I Am Kiram http://ift.tt/2rSPlxu
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment