Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

'Saya reda dengan pemergian Aisya walaupun masih belum puas membelainya'

Foto - Harian Metro & Dr Shahidatul
KUBANG KERIAN, KELANTAN - Aisya Hanani Mohd Hanna yang baru dilahirkan 15 hari lalu meninggal dunia pada jam 6.45 pagi, 11 Jun lalu di Wad 1 Nilam, Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), lapor Harian Metro

Menurut ibunya, Dr Shahidatul Adha Mohamad, 32, berkata, bayinya dimasukkan ke NICU sejak dilahirkan pada 28 Mei lalu selepas dilahirkan dalam keadaan pramatang dengan berat 880 gram. 

Bagaimanapun, ketika berusia 12 hari, Aisya mengalami gangguan pernafasan (Apnea) secara berulang kali sehingga pihak hospital memasukkan tiub pernafasan melalui mulut selama tiga hari sebelum Aisya menghembuskan nafas terakhir tiga hari kemudian.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un...

"Sejak anak dirawat di HUSM, saya akan datang melawatnya setiap hari untuk melakukan pelukan "Kangaroo mother care" sekurang-kurangnya satu jam setiap hari kerana percaya pelukan itu mampu menstabilkan kadar pernafasan, menguatkan antibodi dan dapat mempercepatkan pertambahan berat badan. Namun pada 8 Jun lalu, keadaan arwah mula berubah dan semakin kritikal. 

"Setiap kali menatap wajahnya, saya sentiasa mengharapkan akan berlaku keajaiban, meskipun saya sedia maklum mengenai keadaannya itu," katanya. 

Biarpun doktor sudah memaklumkan bahawa keadaan bayinya selain melihat sendiri keadaan Aisya, dia tetap memujuk hatinya bahawa semuanya akan kembali pulih. 

"Mereka juga tidak menjanjikan peluang sembuh untuk bayi saya kerana kalhirannya yang terlalu awal pada 26 minggu kandungan. Sesungguhnya saya hanya berserah kepada Allah. 

"Saya hanya sempat memberi susu perahan selama tujuh hari kepada Aisya yang diminum menggunakan tiub," katanya. 

Kali terakhir Shahidatul melihat anaknya itu pada jam 3 pagi, 11 Jun lalu selepas tertidur hampir satu jam di bilik menunggu. Kira-kira jam 4 pagi, dia dikejutkan dengan panggilan telefon yang memaklumkan anaknya berada dalam keadaan tenat. 

Shahidatul berlari ke NICU untuk melihat anak dan menghubungi suaminya, Dr Hanna Yusof, 33, serta bapa mentua, Mohd Yusof, untuk segera datang ke hospital. 

"Setibanya mereka tidak lama kemudian, bapa mentua meminta saya menghentikan bantuan mesin pernafasan memandangkan keadaan Aisya yang saya sendiri tidak sampai hati untuk melihatnya. 

"Saya akur dan menarik keluar tiub pernafasan itu selepas mendapati jantung Aisya terhenti. Allahuakbar. 

"Saya redha dengan pemergian Aisya walaupun hakikatnya masih belum puas membelainya," katanya. 


Sumber : Gengviral

from I Am Kiram http://ift.tt/2rAk8zz
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.