Kalau anda perasan, air kelapa adalah salah satu minuman yang paling laris dijual di bazar Ramadhan. Selalunya jika anda datang lewat ke bazar Ramadhan, pasti angan-angan untuk membeli air kegemaran anda ini tidak kesampaian gara-gara sudah “sold out”. Selain lebih menyegarkan untuk menghilangkan rasa dahaga ketika berbuka, anda mungkin tidak tahu bahawa minuman ini juga punya banyak kebaikan untuk kesihatan.
Bukan itu sahaja, menurut Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman, ketika musim panas di bulan Ramadan ini, manfaatkan minum air kelapa muda ketika berbuka untuk mengembalikan suhu badan ke paras normal.
Air kelapa mengandungi pelbagai jenis nutrien seperti vitamin, potassium dan fruktosa (gula semula jadi buah), berperanan sebagai bekalan tenaga di dalam badan.
“Sebenarnya rasa letih, penat dan mengantuk bukannya disebabkan kekurangan makanan tetapi ia adalah disebabkan kuantiti air di dalam badan berada pada tahap rendah,” katanya.
1. Mengalakkan hidrasi
Menurut kajian, air kelapa mampu menghidrasi tubuh badan anda lebih baik daripada minuman isotonik dan air putih. Jadi sudah tentu ia akan menjadi pilihan minuman yang baik setelah seharian berpuasa.
2. Membantu menurunkan berat badan
Kandungan lemak dalam air kelapa adalah sangat rendah selain secara semulajadi dapat menyekat selera makan dan membuatkan anda berasa kenyang.
3. Menyumbang kepada kulit yang cantik
Membersihkan wajah dengan air kelapa dikatakan dapat merawat masalah kulit seperti jerawat dan cela, melembapkan kulit dan mengatasi masalah kulit berminyak.
4. Memudahkan penghadaman
Ia tinggi dengan kandungan serat dan membantu dalam pencegahan masalah pencernaan dan mengurangkan berlakunya refluks asid.
5. Mengawal tekanan darah
Sama juga seperti khasiat buah tembikai, kandungan elektrolit dalam air kelapa juga mampu mengawal tekanan darah.
Sumber : wanista.com
via Bin Usrah
Sumber : Gengviral
from I Am Kiram http://ift.tt/2ryr4tr
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment