Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Beza Sikap Guru Yang Mematikan Semangat Dan Guru Yang Menaikkan Semangat Pelajar..




Anak bongsu saya bersekolah di UK dari peringkat pra-sekolah sehinggalah ke Year 7 (Tingkatan 1). Apabila memulakan persekolahan di Malaysia dalam Tingkatan 2, subjek yang paling digeruninya sudah tentulah subjek Bahasa Melayu kerana dia tidak pernah belajar Bahasa Melayu secara formal ataupun dengan format yang betul.

Dia boleh bertutur dalam Bahasa Melayu tetapi tidaklah fasih. Bahasa Melayu pertuturan adalah lebih kepada Bahasa/loghat Utara kerana kedua-dua saya dan suami adalah orang Utara.


Gambar Hiasan - Google

Dalam ujian Bahasa Melayu yang pertama dia mendapat 25 markah daripada 100. Saya tidak mengharapkan apa-apa keajaiban dengan subjek Bahasa Melayu kerana faham betapa terhadnya kosa kata dan sukarnya elemen tatabahasa bagi anak itu. Dia tidak berputus asa, dia terus berusaha sedaya yang mungkin dalam keterbatasan itu.

Apabila mendapat markah ujian yang kedua, dia masih lagi di tahap ‘merah’.
“Do you want to know what the teacher said to me when she returned the paper Ummi?”, tanya anak saya.

Saya gugup.

“Yes, what did she say?”, tanya saya gementar.

 Anak ini masih dalam kategori bawah paras lulus. Apa agaknya kata-kata guru Bahasa Melayu nya?
Saya khuatir kerana kata-kata inilah yang akan membentuk motivasi dalaman anak ini dan menentukan minatnya terhadap Bahasa Melayu yang tidak pernah dipelajarinya.

“My teacher said ‘"Masha Allah kamu sudah semakin mahir jawab soalan-soalan BM. Tahniah!” - because I got better marks than the first test, even though it is still not so good compared to my friends.”

“And you know what Ummi? The whole class cheered and clapped their hands when they heard that.”

Subhanallah, disebabkan respon guru tersebut kepada keputusannya yang semakin meningkat dan respon rakan-rakan sebaya yang turut sama memberi dorongan dan sokongan, Alhamdulillah anak saya berjaya mendapat 68 markah untuk peperiksaan akhir tahun.

Kata anak saya “Had the teacher responded differently or negatively or put me down or compared me with others, I would have given up because it would have made me feel hopeless and incompetent.”
Ini kisah anak saya. Terima kasih Cikgu atas kata-kata Cikgu.

Kejayaan tidak semestinya hanya terhasil dengan 'drilling' dan latih tubi. Usaha-usaha kecil yang dirai dengan kata-kata yang positif lebih bermakna dari kegagalan yang dicemuh dengan tujuan untuk memberi motivasi.

Jika anak atau murid jelas menunjukkan usaha, tetapi balasan kita adalah:
“Kerja kamu masih tidak memuaskan” atau

“Bukan ini yang saya mahu” atau

“Kenapa banyak kali buat pun tak boleh jugak lagi?” dan seumpamanya, maka kejayaan anak itu akan terus tertangguh.

Kejayaan yang besar adalah gabungan usaha-usaha kecil. Kejayaan usaha-usaha kecil inilah yang akan membuahkan hasil yang berpanjangan. Insya Allah.

Kata-kata boleh menghidupkan jiwa dan kata-kata jugalah yang mematikan jiwa. Fokus pada usaha, bukan hanya hasil. Fokus pada kelebihan, bukan hanya kelemahan.
Layanlah anak-anak seperti manusia.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
Sumber.



Sumber : Friscomedia

from I Am Kiram http://ift.tt/2p3BmQq
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.