Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Suami Yang Biarkan Isterinya Tak Bertudung, Tak Akan Dilihat Oleh Allah di Akhirat



Suami mempunyai tanggungjawab besar kepada isteri dan anak-anaknya. Kerana semua tingkahlaku anak-anak dan isteri nanti akan dipertanggungjawabkan.

Sebagai contoh, anda seorang yang baik, cantik, tapi tak mahu menutup aurat? Wah, bererti suami harus sabar menasihati isteri. Kenapa suami perlu ambil kisah jika isteri tidak menutup aurat?

“Katakanlah kepada orang laki–laki yang beriman,

“Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allâh maha mengetahui apa yang mereka buat.”

Katakanlah kepada wanita yang beriman,

“Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera–putera mereka, atau putera–putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allâh, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung,” (QS. An-Nûr [24]:31).

Berdasarkan ayat di atas, perintah menutup aurat itu wajib dilakukan untuk semua muslimah, termasuk isteri kita. Oleh itu, sebagai seorang suami yang soleh dan bijak, tentu kita harus menasihati pasangan hidup kita agar tidak mendapatkan dosa kerana melalaikan perintah Allah SWT di atas.

Sebagai seorang suami, adalah tanggungjawab untuk mendidik anak-anak dan isterinya agar menjalankan perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Dimana semua amanah itu kelak akan dipertanggungjawabannya oleh Allah SWT.

Selain itu, jika seorang suami membiarkan isterinya membuka aurat suami akan termasuk dalam salah satu ciri lelaki yang tidak akan dilihat Allah SWT pada hari kiamat. Salah satunya adalah dayyuts, lelaki yang tidak punya rasa cemburu terhadap isterinya. Perbuatannya disebut diyatsah.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Ada tiga orang yang tidak akan dilihat Allah pada hari kiamat: orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang meniru gaya lelaki, dan dayuts.”(HR. An Nasa’i dan Ahmad).

Salah satu bentuk perbuatan diyatsah atau sikap lelaki dayyuts iaitu membiarkan isterinya tidak menutup aurat. Sebab, menutup aurat adalah kewajipan seorang muslimah. Tiada seorang ulama yang mengingkari kewajipan menutup aurat. Sedangkan aurat wanita menurut ulama adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan.

Jika kita sebagai seorang suami tidak ingin terkategori dalam ciri lelaki dayuts, nasihatilah isteri kita secara ma’ruf, baik langsung mahupun tidak langsung.

Cara menasihati langsung misalnya dengan menjelaskan perintah Allah SWT tentang kewajipan menutup aurat bagi perempuan muslim, tentu menasihatinya dengan cara ma’ruf tanpa harus membentak-bentak atau memarahinya.

Sementara cara menasihati tidak langsung misalnya dengan memberikan video ceramah-ceramah atau buku-buku tentang kewajiban menutup aurat. Semoga kita para suami diberikan kesabaran dan kelapangan hati untuk mendidik isteri kita agar menjadi lebih baik lagi. Waallahu’alam.

Sumber: Wajibbaca


via Bin Usrah

Sumber : Gengviral

from I Am Kiram http://ift.tt/2ni5ERv
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.