Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Nyaris Jadi Mangsa “DIPERKOSA” Semasa Keluar Dari Korea Utara. Apa Yang Ibunya Lakukan Buat Ramai SAYU !!!

Nyaris Jadi Mangsa “DIPERKOSA” Semasa Keluar Dari Korea Utara. Apa Yang Ibunya Lakukan Buat Ramai SAYU !!! | “INI, bukan suara saya seorang, tetapi suara kami, rakyat Korea Utara. Kami ingin dunia tahu.” Luah Yeonmi Park mengenai kehidupan remajanya yang penuh duka. Dia mencari perlindungan di negara asing demi sebuah kebebasan.

“Korea Utara sebuah negara yang tidak dapat dibayangkan. Di sana hanya ada satu siaran televisyen. Tiada internet. Kami tidak bebas menyanyi, bercakap, berpakaian atau berfikir tentang apa yang kami mahu.

“Sepanjang saya membesar di Korea Utara. Tidak pernah sama sekali kami terdedah dengan cerita cinta antara lelaki dan perempuan. Tiada buku, tiada lagu, tiada ungkapan cinta, tiada cerita cinta. Tiada Romeo, tiada Juliet. Yang ada hanya cerita  propaganda tentang kehebatan pemimpin tertinggi,” katanya.

Menurut Yeonmi, Korea Utara hanya satu-satunya negara di dunia ini yang menghalang rakyat berkomunikasi dengan negara luar.

“Saya dilahirkan pada 1993 dan menjadi mangsa culik ketika saya masih tidak tahu apa itu erti kebebasan dan hak kemanusiaan. Ketika umur saya 9 tahun, saya melihat sendiri, ibu sahabat saya ditembak depan orang ramai. Kesalahannya hanya menonton cerita Hollywood,” katanya.

Di awal usianya empat tahun, ibu Yeonmi melarang mereka berbisik kerana pemerintah boleh mendengarnya. Jika mengkritik pemerintah yang berkuasa, maka tiga generasi keluarga akan dipenjara, diseksa, dibunuh.

“Bapa saya meninggal dunia di China selepas dia berjaya keluar dari Korea Utara. Saya sendiri menguburkannya pada jam 3 pagi secara rahsia. Masa itu, umur saya 14 tahun. Saya tidak boleh menangis, saya takut akan di hantar pulang ke Korea Utara.

“Pada hari saya lari dari Korea Utara, ibu saya diperkosa depan saya. Mereka juga  cuba perkosa saya. Masa itu umur saya baru 13 tahun. Ibu sekali lagi membiarkan dirinya diperkosa untuk lindungi saya,” katanya.

Tambah Yeonmi, rakyat Korea Utara sangat terdesak melarikan diri. Mereka lari menuju Gurun Gobi,  kompas menjadi petunjuk arah. Apabila kompas rosak bintang-bintang menjadi  panduan perjalanan mereka demi menyelamatkan diri.

“Kami hanya mahu hidup sebagai manusia,” katanya.

Yeonmi ingin pulang

Itu kisah Yeonmi tiga tahun lalu. Kini Yeonmi bergelar aktivis dan semakin gembira dengan kehidupan barunya.

Namun di sebalik penderitaan itu, Yeonmi amat berharap dapat kembali ke Korea Utara.

Dia rindukan suasana alam semula jadi di negaranya dan rindukan semangat kejiranan. Di negara luar suasana itu terhakis dek kemajuan teknologi.

Pada 2015, dia menerbitkan autobiografi hidupnya berjudul ‘In Order To Live: A North Korea Girl’s Journey to Freedom’.

Dia kini menyambung pelajarannya di Universiti Colombia dalam jurusan ekonomi. Impiannya adalah untuk bertemu hero filem Titanic, Leonado DiCaprio.

Misinya kini adalah untuk tingkatkan kesedaran dan kepekaan masyarakat dunia  mengenai pencabulan hak asasi manusia di Korea Utara.

Sumber:- SinarHarian

P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

The post Nyaris Jadi Mangsa “DIPERKOSA” Semasa Keluar Dari Korea Utara. Apa Yang Ibunya Lakukan Buat Ramai SAYU !!! appeared first on OH MY VIRAL.



Sumber : OhMyViral

from I Am Kiram http://ift.tt/2mHkjBA
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.