Semalam satu video yang bertajuk 'Foul-mouthed driver rains expletives on Stomper after accident in JB before 2nd Link' telah menjadi tular di laman YouTube sejak Rabu lalu.
Menerusi video yang difahamkan kejadian berlaku pada petang Selasa itu, suami pelakon Lana Nodin dilihat marah selepas kereta pelbagai guna (MPV) jenis Alphard warna hitam dilanggar kenderaan lain ketika beratur di Laluan Kedua Malaysia-Singapura.
Video itu turut memaparkan suami Lana, Daud McKienzie ada mengeluarkan beberapa perkataan kesat dan menunjukkan jari tengah ketika masuk ke dalam kereta sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura.
Malah artikel tentang mereka berdua cukup hangat serta mendapat liputan luas di laman web Singapore Stomp dimana Lana dan suaminya itu dilabelkan sebagai 'road bully' oleh seorang pemandu Singapura.
Enggan isu ini terus berpanjangan serta diperkatakan, Lana telah tampil bersuara dengan menafikan suaminya menjadi pembuli jalan raya dan bersikap kurang ajar seperti disebarkan menerusi rakaman video berdurasi 3.26 saat.
Menurut Lana, pemandu Singapura berkenaan enggan mengakui kesalahannya walaupun Daud sudah cuba untuk berbincang secara baik.
Malah, pemandu yang mendakwa Daud kurang ajar itu juga menolak ajakkan Daud untuk menyelesaikan masalah mereka di balai polis berdekatan.
"Suami saya pada awalnya cuba bersabar dan bercakap secara baik tetapi lelaki itu tetap tak nak mengaku kesalahannya malah tidak meminta maaf pun.
"Suami saya mengajak lelaki itu membuat laporan di balai polis berdekatan tempat kejadian, namun dia menolak. Kalau betul dia tak salah, kenapa takut nak buat laporan? Malah saya pelik kenapa pula dia nak memuat naik video," katanya
Lana turut menjelaskan suaminya meminta butiran peribadi pemandu itu namun lelaki terbabit enggan bekerjasama.
"Suami saya bukan jenis baran tetapi kejadian itu betul-betul membuatkannya marah. Selepas kejadian itu saya menasihati suami agar membuat laporan polis tetapi dia menolak," jelasnya yang memaklumkan terdapat kesan calar pada bahagian tepi sebelah pemandu.
Sekarang kita sudah dengar penjelasan daripada Lana. Apa-apa pun, mungkin kedua-dua pihak ada silap mereka sendiri. Sejujurnya, pada kami mungkin lebih baik untuk bersabar dan menunggu giliran anda walau sesak macam mana pun sekali keadaannya di jalan raya.
VIDEO KEMALANGAN
Sumber : therocketmedia
from I Am Kiram http://ift.tt/2mXRti1
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment