Praktikal Di Zon Merah Hospital. Lelaki Ini Kongsi Kisah SEDIH Yang Buat Ramai Menitis AIR MATA !!! | Aku bukan warga iium. Tapi tak salah rasanya nak share pengalaman yang sedikit ni. Aku ni student salah sebuah kolej naungan gov. Kos aku? Tak payah taw lah, hihi.. tapi yang penting memang dalam aliran perubatan dan kesihatan. Kerja merawat orang. Sekarang tengah praktikal. Lagi 1 semester nak habis. InshaAllah.
Sepanjang perjalanan berpraktikal, off course kat hospital lah kan, banyak bende yang aku dah lalui. Walaupun as a “student”. Korang taw je lah. Hospital. Banyak ragam manusia yang korang tak kan pernah jangka. Seronok, sedih, geram, meluat, nervous. Bercampur baur. Aku rasa lah, staff hospital yang kalau waktu kerja 100% dengan patient, memang dah lama nak cerita kat umum pasal apa yang diorang lalui. Tapi mngkin tak de masa yang cukup nk type panjang panjang, hanya orang terdekat je tahu.
Tapi aku nak cerita satu kisah yang paling deep yang pernah aku rasa setakat ni. Kisah sedih. Yang perangai relatives pelik pelik tu biaq pi kat depa. Masa aku praktikal kat jabatan kecemasan hospital belah belah utara.
Masa tu aku shif petang (2.00pm-9.00pm) giliran aku duduk zon rhesus (zon merah). Zon untuk pesakit yang paling kritikal. Jam dah pukul 7.45pm. Hari tu baru ada 2 patient dalam zon rhesus. Satu kes MI (serangan jantung), satu lagi kes fiting (sawan) dua dua patient dah stable. Sorang tengah tunggu nak admit ward, sorang lagi tunggu keputusan CT Brain. Ade lagi 5 katil kosong.
Tengah tengah isi tanda vital patient (tekanan darah etc), tiba tiba 3 siren bunyi. Kalau korang nak taw, kecemasan ada bunyi2 yang memberi maksud yang berlainan. 3 kali siren bermaksud ada kes sangat kritikal (kes rhesus) baru sampai. So kami pun prepare katil dan apa yang patut. Pintu merahvdah dibuka. Ambulans dah terpacak depan pintu. Patient diusung keluar. Nampak bnyak luka kat badan. “Ohh.. ni kes MVA ni (kes accident). Lepas tu terus pindahkan patient atas katil. Patient perempuan, umur lingkungan 30an, melayu. Cek tanda vital semua, patient masih sedar. Dr buat penilaian fizikal. Aku pun jengah jengah la jugak. Dlm hati kata, banyak luka nak kena jahit nih. Sebab bnyak luka terbuka. Tengah2 nak bagi ubat, bunyi lagi siren rhesus. Bila tengok, ada lagi 2 ambulans. Semua patient di bawa masuk. Pindah ke katil. Semua kes accident. Ohhh god! Apa ni? Rupanya diorang semua satu family. Kemalangan di highway (car vs lorry) semua mangsa ada 4 orang. Suami isteri dan 2 org anak. Sorang umur 6 tahun. Lagi sorang 3 tahun. Aku cepat prepare ape yang patut. Anak yang umur 6 tahun menangis tak berhenti. Menjerit panggil nama si Ibu. Banyak luka. Terutama bahagian kepala. Anak berumur 3 tahun senyap. Dr memanggil dan beri stimulus. Tiada rangsangan. Si ibu dah tak keruan. Duduk atas katil dan perhatikan keluarga sebaris katil dengannya. Menangis meraung panggil si suami. Allah.. sedih rasa.. air mata ni nak menitis. Tapi ku tahan. Terus fokus bantu menenangkan si ibu.
Hasil penilaian tahap kesedaran Si ayah sangat rendah. (GCS 3/15) begitu juga dengan anak berumur 3 tahun. Tekanan darah semakin merudum. Keduanya sudah tidak bernafas. Dr mula memberi arahan. “Cpr!!”. Aku apa lagi. Paling dekat dengan si ayah. Skrin ditutup. Mula memanjat katil dan lakukan tekan dada. Abg MA buat cpr pada si anak. Suasana tegang dengan tangisan si ibu dan anak nya yang telah stabil. Bunyi mesin pun hilang. Sambil CPR, dr lakukan proses intubation (masuk tiub bantu pernafasan). Kawan aku terus baging. Kami bertukar2 lakukan cpr. Hampir 20 minit. Masih tiada denyut nadi walaupun ubat adrenaline dah diberi. Aku tak tahu apa yang berlaku pada si anak sebalik tirai. Dr meminta kami berhenti dan memeriksa nadi. Absent. Sambil menggeleng “waktu kematian 8. 27 pm”.
Aku rasa si isteri dengar apa yang dr kata. Semakin kuat raungan. Si anak yang berumur 3 tahun turut meninggal dunia. Pergi berjumpa tuhan bersama si ayah. Tak dapat aku bayang. Si isteri merangkap si ibu boleh turun dari katil terhincut hincut membawa splint di kaki kiri berbekal kekuatan kaki sebelah kanan memeluk erat tubuh sejuk si suami. Bertukar ke tubuh kaku si anak sambil meraung. Aku kelu. Diam membatu. Cuma menyaksikan peristiwa pilu depan mata. Hati sayu. Si anak berumur 6 tahun masih menangis. Kesakitan mungkin. Tapi masih tidak tahu adik dan ayah nya sudah tiada.
Banyak lagi benda yang korang tak tahu apa yang berlaku di sebalik tirai. Hampir setiap hari aku menyaksikan fasa kematian seorang manusia. Bermacam jenis. Tidak kira bangsa apa. Insaf. Tabik dengan staff medical line. Diorang boleh berhadapan dengan situasi macam ni hampir setiap hari. InshaAllah. Doakan aku berjaya habiskan perjuangan lagi 7 bulan. Tak sabar rasanya nak bantu orang. Kredit:- IIUMC
P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!
The post Praktikal Di Zon Merah Hospital. Lelaki Ini Kongsi Kisah SEDIH Yang Buat Ramai Menitis AIR MATA !!! appeared first on BERITA HARIANI.
from BERITA HARIANI http://ift.tt/2dhbjlq
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment