Videos

Find Us On Facebook

berita

“Dia Banyak Tolong Orang Melayu” Meluat Dengan Ayat Penyokong Azizan Ini Komen PEDAS Netizen Yang Buat Ramai SETUJU !!!

“Dia Banyak Tolong Orang Melayu” Meluat Dengan Ayat Penyokong Azizan Ini Komen PEDAS Netizen Yang Buat Ramai SETUJU !!! | Assalamualaikum semua. Post ini aku tuju kepada manusia yang mungukur kejayaan berdasarkan kekayaan. Kerana baru baru ini, kes motivator yang menipu pasal phd dia. Ok aku tak kisah dia nak tipu or what. Tetapi bila aku tengok comment2 di instagram dia. MashaAllah. Mentaliti orang kita. Yang backup dia. Aku takde hal dengan orang yang backup dia. Tapi bila sampai ada yang comment “Aku boleh terima dia nak tipu pasal kelulusan dia. Sebab dia dah banyak tolong orang melayu. Lecturer dekat universiti tu yang ada phd semua tu. Mana ada tolong orang melayu. Sembang ja lebih”.

azizan-osman

Ok that’s it. This is too far. U nak compare dia dengan lecturer PhD lain?. Macam langit dengan bumi. Ini la jadinya bila kau ukur something dengan kekayaan. Yes memang dia kaya aku tak nafikan. Memang dia selalu post dia ada banyak kereta mewah dekat laman sosial. Lecturer aku bawak kancil pegi mengajar kuliyyah. Dia takde kereta mewah. Tapi untuk dia dapat title PhD tu. Hampir gila dia usaha. Dia tiada masa nak fikir pasal kemewahan. Yang dia kejar ilmu. Bukan harta. Dia ikhlas nak ajar orang lain apa yang dia ada. Free of charge. Anytime ko boleh contact dia tanya apa problem. Aku tahu itu semua sebab aku berkepit dengan lecturer untuk aku berjaya sekarang. Hidup mereka dengan ilmu. Pegi bilik dia dengan buku. Masuk dalam kereta dia ada buku. Pegi lunch bawa buku. Aku respect semua lecturer aku. Jasa mereka aku tak boleh nak balas. Hanya Allah yang tahu. Mereka mengajar bukan sekadar untuk aku exam. Mereka mengajar untuk masa depan aku. Mereka ajar aku untuk kejar ilmu bukan kejar kekayaan . That’s why bila ada orang cakap macam tu. Aku sentap. Aku tak boleh diamkan diri.

Kau nak cakap motivator tu dah banyak kaya kan orang melayu?. lecturer phd tu apa sumbangan dia kepada orang melayu?. Lecturer aku dah berapa banyak tulis buku software engineering. Ada lecturer aku pernah buat sistem masukkan markah dekat sekolah rendah untuk memudahkan urusan cikgu. Apa itu bukan contribute to society ke?. Oh maknanya yang contribute to society ni bila ada orang pegi class kau then dia kaya. Itu ke definisi dia?. Maaf kalau aku tak setuju dengan definisi tu. Aku nak cakap satu benda la. Dari sekolah lagi aku dah banyak kali join(terpaksa join) program motivasi anjuran sekolah ni. Tak cukup dengan tu parent aku hantar lagi pegi kem motivasi yang bayar sendiri punya. Mula mula semangat la bawak buku nota semua. Konon nak catat apa yang motivator tu cakap. Nak berjaya macam dia. Sebab dia datang bawak kereta mewah. See?. Dari kecil lagi dah di asah dengan mindset macam tu. Tapi lama-lama dah tak bawak buku nota bila ada program motivasi. Why?. Because isi dia sama. Kalau nak catat pun benda yang sama. Tapi aku tak berubah pun. Sama je macam dulu. And u know what dari kecil sampai sekarang aku pernah hadir banyak program2 motivation ni, seorang je pakar motivasi yang betul2 power aku pernah jumpa. Myself. Yes diri aku sendiri. Aku yang motivasikan diri sendiri untuk berjaya sampai ke tahap sekarang. Kalau 200 orang motivasikan kau seorang je dalam satu dewan, tapi diri sendiri tak nak berubah tak jadi apa.

So come on la. Kalau sekadar nak mengejar kekayaan, perompak bank pun kaya. The late Pablo Escobar tu pun kaya. Aku dah pernah tengok orang yang kaya sebab orang cakap dia ni memang pandai berniaga. Tapi takda kelulusan. Belajar sampai pmr je kot. Memang kaya. rumah ada pool mercedes berapa biji kat rumah. But now semua habis. Bank tengah kejar hutang bersepah. Kira bankrupt la. So sekarang hidup dia terkapai-kapai. Nak cari kerja takda ilmu. Susah sendiri. Kalau you kaya, ingat you boleh bankrupt tiba2. But if you ada ilmu you takkan bodoh tiba2. Kejar ilmu jangan kejar harta. Maaf kalau ada terkasar. Assalamualaikum. Kredit:- Khalid IIUMC

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

The post “Dia Banyak Tolong Orang Melayu” Meluat Dengan Ayat Penyokong Azizan Ini Komen PEDAS Netizen Yang Buat Ramai SETUJU !!! appeared first on BERITA HARIANI.



from BERITA HARIANI http://ift.tt/2d2s0ku
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.