Akhirnya Awie Buat Pengakuan BERANI MATI Mengenai Isu Nikah Di Thailand ! HAMBIK KAU ! Semua TERNGANGA MULUT !
Penyanyi Awie tidak melihat tindakannya memilih untuk berkahwin di Songkhla, Thailand dengan Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, 29, sebagai satu kesalahan.
Awie atau nama sebenarnyaAhmad Azhar Othman, 48, berkata, majlis yang diadakan bukan dibuat secara bersembunyi tetapi pihaknya mengadakan kenduri secara besar-besaran yang turut dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
"Sebenarnya saya tidak faham kenapa lokasi perkahwinan saya menjadi satu isu besar seolah-olah saya melakukan jenayah berat.
"Kenapa saya pilih berkahwin di Thailand itu adalah hak saya dan ia bukan kesalahan.
"Jujurnya saya tidak perlu jelaskan apa-apa kepada orang kerana apa yang saya melakukan perkara baik," katanya kepada mStar Online.
Awie ditemui pada sidang media pelancaran program realiti 3 Juara di ibu negara pada Selasa.
Awie dan isterinya, Sharifah Ladyana Syed Samsuddin
Penyanyi itu pada 7 Oktober lalu selamat bergelar suami dengan sekali lafaz keoada Sharifah Ladyana Syed kira-kira pukul 12.10 tengah hari di Songkhla, Thailand.
Awie menambah dia juga memilih untuk berkahwin di negara jiran itu kerana jalur keturunan keluarganya berasal dari Thailand.
Dalam pada itu, Awie berkata, dia dalam proses untuk mendaftarkan perkahwinannya dalam masa terdekat mengikut undang-undang di negara ini.
"Saya sebenarnya kecewa apabila keluar laporan mengatakan saya boleh dipenjarakan hanya kerana saya berkahwin di luar negara.
"Saya bukannya bodoh dan tahu mengenai undang-undang yang memperuntukkan tempoh enam bulan untuk mendaftarkan perkahwinan saya di negara ini.
"Cuma rasanya tidak perlu saya nak heboh kepada umum bila atau di mana saya akan daftar perkahwinan saya," katanya.
Awie sebelum ini pernah gagal dalam dua perkahwinannya iaitu dengan Arni Nazira dan Rozana Misbun.
from ORANG KAMPUNG http://ift.tt/2dSFDSz
via IFTTT
Home / Sensasi
/ Akhirnya Awie Buat Pengakuan BERANI MATI Mengenai Isu Nikah Di Thailand ! HAMBIK KAU ! Semua TERNGANGA MULUT !
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment