Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Wardina Saffiyah salahkan TV Alhijrah jadi punca Safiey Illias kembali jadi pondan kerana publisiti yang diberikan

PERSONALITIWardina Saffiyahmerasakan tindakan stesen televisyen berkonsepkan Islam kontemporari, TV Alhijrahyang mengudarakan program#PenghijrahanFenomenamenyumbang kepada penghijrahan kembali Safiey Ilias ke dunia pondan.

Menerusi kiriman gambar yang baharu sahaja diterima kami, Wardina sebelum ini menaikan status mengatakanprogram yangmemaparkan perjalanandan luahan hati Safiey sebagai bekas mak nyahyang ingin kembali ke pangkal jalan ketika itu sebagai tidak menggambarkan konsep penghijrahan Islam yang sebenar.

Publisiti membunuh, jangan lakukan lagi TV Alhijrah. Jangan mensensasikan cerita biarpun ia adalah penghijrahan seseorang.

Saya tahu ia sangat baik untuk mendapatkan rating tetapi ia adalah salah dan cara pengacaraan juga tidak begitu mendalam.Ini semata hanya untuk mendapatkan sensasi walaupun niat yang sebenar adalah baik, katanya.

Wardina Saffiyah
Wardina Saffiyah salahkan TV Alhijrah jadi punca Safiey Illias kembali jadi pondan kerana publisiti yang diberikan

Wardina juga menambah, konsep yang dibawakan oleh media khususnya daripada saluran televisyen seperti programDai Pendakwah NusantaradanPencetus Ummahhanya dilihat untuk memeriahkan suasana.

Saya telah melalui industri ini dan apa yang boleh saya katakan, tiadayang benar-benar ikhlas dalam menyampaikan mesej sebenar dan ini termasuklah beberapa program sedia ada di kaca TV sepertiDai Pendakwah Nusantara dan Pencetus Ummah,katanya.

Terdahulu, Safiey Ilias,22, seorang mak nyah yang nekad untuk menjalani kehidupan sebagai seorang lelaki tulen telah mendapat liputan meluas sehingga dijemput menjadi beberapa tetamu program televisyen,termasuk di stesen TV AlHijrah.

Namun Safiey telah membuat keputusan untuk berubah kepada seorang mak nyah semula semalam berikutanmemuat naik gambarnya berpakaian wanita dan meluahkan isi hatinya di lamanInstagram.

Dia merasakan dirinya lebih tenang apabila kembali menjadi mak nyah.

Sumber:MYNEWSHUB.CC

Sumber: penhijaudaun

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.