Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Mahligai Cinta Nenek Bersama Jejaka Pakistan Terkandas Apabila Ditemui Mati Di Pejabat Agama

kematian.jpg?resize=648%2C369

SEORANG wanita berusia 56 tahun yang ditangkap atas kesalahan berkhalwat mati mengejut di pejabat Jabatan Agama Islam Kedah sementara menunggu giliran untuk direkodkan keterangannya.

Jabatan Agama Islam Kedah sebelum ini telah menangkap wanita berasal dari Johor itu berdua-duaan dengan seorang lelaki Pakistan berusia 44 tahun di sebuah hotel bajet di Bukit Kayu Hitam.

Mahligai Cinta Nenek Bersama Jejaka Pakistan Terkandas

Ketika menunggu giliran untuk direkodkan keterangannya, wanita itu rebah dan meninggal dunia sebelum pasukan paramedik tiba di tempat kejadian.

Kejadian disedari anak mangsa berusia 19 tahun yang menemani ibunya di pejabat tersebut.

Pada mulanya, saya ingatkan mak sedang terlelap sebab dia ada cakap dia penat.

Tapi lepas saya cuba kejutkan dia bangun, dia tidak memberikan sebarang respon, katanya memetik laporan sebuah akhbar harian.

Wanita itu dipercayai mempunyai penyakit tekanan darah tinggi serta mengalamikemurungan selepas ditipu rakannya yang berjanji mahu mengahwinkannya dengan lelaki Pakistan dengan menggunakan khidmat agen di Thailand.

MYNEWSHUB.CC

Oleh: JASMIN

Sumber: jubahsemalam

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.