Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Kejam Mulut Wanita Hamil Disumbat Telur Dan Dipaksa Jilat Air Kencing

Kejam! Mulut Wanita Hamil Disumbat Telur Dan Dipaksa Jilat Air Kencing

sumbat mulut dengan telur, wanita hamil, hamil sembilan bulan, paksa jilat, air kencing, tunggu hari bersalin, kencing atas lantai,

SUNGAI SIPUT – Bukan sahajamulut disumbat dengan telur mentah, seorangwanita hamil sembilan bulan dipaksa menjilat air kencingdalam kejadian samun di rumahnya di Jalan Lintang di sini, awal pagi semalam.

Lebih malang, wanita yang hanyamenunggu hari untuk bersalinitu turut ditendang tanpa peri kemanusiaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, M Yugeswari, 22, tinggal bersendirian di rumah selepas suaminya keluar ke sebuah stesen minyak manakala ibu bapa mertua ke kandang lembu bagi menjaga ternakan.

Menurutnya, secara tiba-tiba tiga lelaki bertopeng meluru masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang tanpa sempat dia berbuat apa-apa.

Salah seorang lelaki berkenaan memegang dan menyuruh saya diam manakala dua lagi menggeledah rumah, katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Kata Yugeswari, tidak tahan dengan bau badan tiga lelaki berkenaan, menyebabkan dia termuntah.

Tambahnya, akibat berang dengan tindakannya itu, salah seorang lelaki berkenaanmenyumbat telur dalam mulutnya yang diambil dari peti sejuk.

Selepas itu, salah seorang daripada lelaki tersebutkencing di atas lantaidan memaksa sayamenjilat airberkenaan, tetapi saya enggan berbuat demikian.

Marah dengan tindakan itu, penyamun tersebut terus menendang saya, namun bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan, katanya.

Yugeswari berkata, dalam kejadian itu tiga lelaki berkenaan melarikan wang hasil jualan lembu berjumlah RM5,000 dan juga barang kemas.

Katanya, laporan polis dibuat sebaik sahaja suaminya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superitendan Azman Salim ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berkenaan.

Let’s block ads!(Why?)

Sumber : Oh My Viral Terkini

Sumber: jamgetah

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.