Pengorbanan Seorang Abang. Kisah Adik Ini ‘Mengajar’ Kita Erti Kehidupan Serba Kekurangan !!! | Disebalik mulanya sesi persekolahan baru 2017, pelbagai kisah menarik telah disajikan, ada yang lucu melihat telatah anak-anak kecil yang baru memasuki alam persekolahan.
Ada yang bercerita tentang baju, seluar, kasut dan beg sekolah baru, ada yang bercerita tentang harga barang keperluan persekolahan yang mahal.
Namun, yang admin ketengahkan kali ini kisah hebat seorang kanak-kanak atau lebih tepat pengorbanan seorang abang yang datang daripada keluarga yang agak susah di kawasan pedalaman.
Kisah telah ditulis berdasarkan kisah sebenar yang berlaku kepada Cikgu Emmet tentang seorang murid bernama Peter yang berjaya mengajar beliau erti kemanusiaan.
Terima kasih Peter kerana ‘mengajar’ cikgu.
Pagi ini, sampai sahaja ke sekolah, saya bergegas mencari Peter di kelasnya. Saya dapati dia masih memakai baju lusuh semalam. Peter, kita ke asrama sekarang, tukar baju kamu yang koyak tu.
Dia menurut arahan saya. Kami berjalan menuju asrama. Tiada sedikit pun riak rasa diwajah Peter. Hanya selamba sahaja. Kalau murid lain tentu teruja melihat saya menjinjit plastik baju…tapi peter hanya diam..wajahnya pasrah. Setiba di asrama, saya meminta izin melihat locker dia.
Hanya sebuah beg yang mengandungi beberapa helai baju lusuh termasuk baju dan seluar sekolah yang carik. Ya Allah…hebatnya anak ini. Kalau anak anak orang pertengahan sudah tentu tidak mahu datang ke sekolah jika tidak ada baju baru dan kasut baru..tapi anak miskin ini sanggup berbaju lusuh demi ilmu.
Ini semua baju kamu? Ukai cikgu.. bisi baju adik aku…dia menunjukkan baju adiknya Petrus. Hanya 2 helai sahaja baju dia..selebihnya baju adiknya. Malah kasut sekolah juga lama.
Yang lebih mengharukan tahun ini dia memakai kasut adiknya..dan adiknya dipakaikan dengan kasutnya. Peter rela pakai kasut sempit asalkan adiknya selesa.
Itulah pengorbanan seorang abang. Peter dan Petrus anak iban dari Rh Drew Nyelam banyak mengajar kita bahawa miskin bukan dinding untuk mencari ilmu. Dia tak malu ke sekolah walau pun berbaju buruk dan koyak. Dia malu kalau tak pandai membaca.
Saya berikan sepasang baju seluar kasut dan stokin baru yang saya beli hasil derma seorang sahabat saya semalam. Dia macam serba salah nak pakai..mungkin dia rasa bagus kalau adiknya yang pakai…tapi saya beritahu..bahawa adiknya pun dapat baju baru. Barulah dia tersenyum. Peter menukar pakaiannya dan hari ini PETER DAPAT BAJU BARU.
Terima kasih puan azlina dan puan olivia…kerana membuat dua beradik di mukabumi ini tersenyum.
Terima kasih kerana memudahkan hidup dua orang anak kecil ini.
Terima kasih Peter kerana ‘mengajar’ cikgu akan kemanusiaan.
Cikgu Emmet menulis dengan linangan airmata.
P.S. 1 – Awek Cun Mesej Minta Nak Pinjam Duit Di FB. Apa Yang Lelaki Ini Balas…. Memang TERKEDU Dan WIN !!!
P.S. 2 – Picit Jerawat Keluar Benda Putih. Korang Tahu Apa Benda Tu? Mesti Korang Takkan Picit Dah !!!
P.S. 3 – PERINGATAN Untuk Ibu Bapa. Bouncer, Rocker Dan Car Seat Boleh MEMBUNUH Si Penggunanya Tanpa Sedar !!!
P.S. 4 – Terlihat Seorang Pakcik Bersama Seorang Budak Hanya Menjamah Nasi Putih Kosong. Apa Yang Wanita Ini Lakukan Buat Pakcik Itu MENANGIS !!!
P.S. 5 – Pelajar Bukan Orang Gaji Minta Padamkan Papan Hitam !!!
The post Pengorbanan Seorang Abang. Kisah Adik Ini ‘Mengajar’ Kita Erti Kehidupan Serba Kekurangan !!! appeared first on SEMASA VIRAL.
from SEMASA VIRAL http://ift.tt/2hT7qag
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment